TAHAP PENGUASAAN ASAS FARDU AIN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG

  • Halim Ismail International Islamic University Malaysia
  • Nazatul Akmar Mokhtar International Islamic University Malaysia
  • Ramlan Mustapha Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Fahmi Zaidi Abdul Razak Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Auni 'Atikah Tazudin Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Asmadi Abdul Rahman Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
  • Sh Mohd Firdaus Sh Othman Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Keywords: fardu ain, penghayatan agama, solat, Negeri Pahang, masyarakat Orang Asli

Abstract

Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA, terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang dengan seramai 17,427 daripada mereka adalah beragama Islam. Sekalipun mereka telah memeluk agama Islam, masih terdapat dalam kalangan mereka yang tidak menguasai perkara-perkara asas fardu ain dengan sempurna disebabkan pelbagai masalah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa perkara asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli beragama Islam di Negeri Pahang. Kajian ini berbentuk data deskriptif yang diperolehi daripada 250 orang responden masyarakat Orang Asli beragama Islam di daerah-daerah di Negeri Pahang dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan purata penguasaan. Dapatan kajian menunjukkan  item yang diuji iaitu amali wuduk, bacaan lafaz niat solat dan bacaan semasa iktidal berada pada kedudukan tertinggi penguasaan.  Manakala item bacaan doa qunut, doa iftitah dan bacaan tahiyat adalah paling ramai tidak dikuasai oleh orang asli. Kesimpulan kajian ialah tahap penguasaan asas fardu ain masyarakat Orang Asli adalah baik, namun memerlukan usaha yang berterusan agar dapat menambahbaik metod pengajaran supaya lebih mudah dipelajari dan lebih efektif. Kajian ini memberi implikasi terhadap pihak-pihak berkaitan bagi meningkatkan usaha dakwah dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Pahang.

References

Aini, Z., Don, A. G., Mokhtar, A. I., & Fauzi, N. U. A. 2019. Strategi Komunikasi Pemujukan Pendakwah dalam Penyampaian Mesej Islam kepada Masyarakat Orang Asli di Selangor: Persuasive Strategies Used by Muslim Preachers in Delivering Islamic Messages to The Orang Asli Community in Selangor. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues. 4(1), 12-26.‏

Aini, Z., Don, A. G., Puteh, A., Nor Sad, N. D. H. 2019. Amalan Komunikasi Dakwah Semasa Kelas Fardu Ain Orang Asli Muslim Di Selangor. International Journal of Law, Government and Communication, 4(17), 34-47.

Al-Ghazālī. 1971. Iḥyā’ ʿUlūm al-Dīn. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyah. Vol. I, 31.

Al-Nawawī. 2002. al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Vol. I, 590.

Bakar, S. A. 2021. Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (Petama). Satu Analisis. International Journal of Humanities Technology and Civilization. 60-67.‏

Don, A. G., Puteh, A., Nasir, B. M., Asha’ari, M. F., & Kawangit, R. M. 2016. The level of understanding and appreciation of Islam among Orang Asli New Muslims in Selangor State, Malaysia, and its relationship with social well-being. International Journal of Humanities, Arts and Social Sciences, 2(6), 215.‏

Hussin, S. A. S. 2009. Dakwah kepada orang asli di Malaysia: Permasalahan dan halangan. Jurnal Usuluddin, 30, 155-184.‏

Idris, A. R., Paumat, J., & Serubih, M. R. 2020. Pencapaian Murid Tingkatan Satu dalam Ujian Solat Fardu di Daerah Membakut, Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 5 (37), 245-252

Ismail, A. M., Salleh, S. M., & Jemali, M. 2016. Analisis Bentuk Didikan Ibu Bapa Bagi Membentuk Sahsiah Cemerlang: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka: The Analysis of Parents Coaching Forms for Developing an Excellent Personality: Study on Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 8(2), 1–10.

Mat, A. C., Awang, A., & binti Ismail, M. .2016. Penguasaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Jawi Murid Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (Kafa) Tahun 5: Satu Kajian Kes. Organised by: Association of Malaysian Researchers and Social Services Faculty of Teacher Training and Education, Universitas Syiah Kuala, Darussalam, Banda Aceh, 23, 114.‏

Nugraha, M. . 2017. Konsep Ilmu Fardu Ain Dan Fardu Kifayah Dan Kepentingan Amalannya Dalam Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World, 10.

Rahman, A. B. A., & Mustapha, R. B. 2020. Cabaran Pelaksanaan Dakwah terhadap Masyarakat Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Islamiyyat, 42, 59-67.‏

Sulaiman Endut. 2005. Asas-Asas Fardu Ain. Pustaka Haji Abdul Majid.

Published
2023-12-29
How to Cite
Ismail, H., Mokhtar, N. A., Mustapha, R., Abdul Razak, F. Z., Tazudin, A. ’Atikah, Abdul Rahman, A., & Sh Othman, S. M. F. (2023). TAHAP PENGUASAAN ASAS FARDU AIN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG. Al-Hikmah, 15(2), 56-71. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/502