Pembinaan Karya Sastera Berteraskan Prinsip Pengkisahan al-Quran: Analisis Surah Yusuf Sebagai Model

Role and Character Development in Literary Works Based on al- Quran: An Analysis of the Story of Prophet Yusuf

  • Syafawati Salihan Universiti Malaya
  • Monica@Munirah Abd Razzak Universiti Malaya
  • Norrodzoh Hj. Siren Universiti Malaya
Keywords: Prinsip pengkisahan, Surah Yusuf, pengarang, tema, watak

Abstract

Karya sastera seperti novel merupakan bahan komunikasi antara pengarang dan pembaca yang mampu menjadi sumber penerapan ilmu agama yang benar serta memberi kesan kepada pembentukan jatidiri individu dan bangsa. Kebanjiran novel picisan yang melebihkan nilai komersialisme menyebabkan karya yang dihasilkan hanya membawa elemen Islam secara fizikal dan kurang menitikberatkan unsur penghayatan yang sepatutnya menjadi mesej utama dalam penulisan. Panduan daripada prinsip pengkisahan yang betul akan membantu menjadikan karya lebih tersusun, bermakna, dan mampu menyentuh pembaca pada tahap emosi dan intelektual yang mendalam. Kajian ini meneliti Surah Yusuf sebagai sumber pembetukan prinsip pengkisahan yang berteraskan al-Quran. Penelitian dilakukan secara deduktif menggunakan pendekatan sastera Roger Webster dengan memfokuskan analisis terhadap elemen pengarang dan karya. Hasil analisis dirumuskan dalam bentuk prinsip pengkisahan yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada pengarang dan pengkarya dalam menghasilkan penulisan yang efektif untuk tarbiah, peringatan, dan bukti kebesaran Allah kepada seluruh umat manusia.

 

Author Biographies

Monica@Munirah Abd Razzak, Universiti Malaya

Prof. Madya

Jabatan Al-Quran and Al-Hadith

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Norrodzoh Hj. Siren, Universiti Malaya

Prof. Madya

Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Published
2024-12-31
How to Cite
Salihan, S., Abd Razzak, M., & Hj. Siren, N. (2024). Pembinaan Karya Sastera Berteraskan Prinsip Pengkisahan al-Quran: Analisis Surah Yusuf Sebagai Model. Al-Hikmah, 16(2), 50-72. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/529