Kontribusi Muktazilah Dalam Penyebaran Dakwah Islam

  • Eliza Eliza

Abstract

Dalam usaha penyebaran ajaran Islam di tengah-tengah kehidupan masyarakat diperlukan individu-individu yang memiliki komitmen dan tanggung jawab terhadap tugas tersebut. Setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan peran sebagai penyeru kepada kebenaran dan mencegah dari kemungkaran (al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar), atau yang dikenal sebagai tugas dakwah. Dan peranan ini pulalah yang telah dipikul dan dijalankan oleh kalangan muslim yang berlabel kaum Muktazilah. Kaum Muktazilah telah berjasa dalam menyebarkan ajaran Islam, bahkan mereka berhasil membela dan mempertahankannya dari serangan-serangan lawan, yang berasal dari penganut agama lain, seperti Kristian, Majusi, Yahudi, kaum materialis dan sebagainya. Namun kehadiran dan peranan aliran teologi Muktazilah tersebut dalam perjalanan sejarah telah mendapat sorotan kontroversial dari pihak-pihak di luar aliran ini. Sorotan negatif – misalnya – dapat dilihat dalam tulisan Sirajuddin Abbas. Ia menggambarkan Muktazilah sebagai “kaum yang membikin heboh dunia Islam selama tiga ratus tahun abad-abad permulaan Islam banyak menggunakan akal dan lebih mengutamakan akal berbanding Qur’an dan hadis”. Selain itu, sebutan Muktazilah juga diberi konotasi sebagai kaum yang tergelincir dalam erti yang sebenarnya. Sorotan negatif yang telah lama berkembang di dunia Islam mengakibatkan kepada munculnya kebencian umat Islam pada umumnya, termasuk umat Islam di Indonesia. Sebaliknya, sorotan positif dapat ditemui, terutama pada penulis-penulis zaman belakang, seperti Ahmad Amin, Syekh Musthafa al-Gurabi, dan sebagainya. Al-Gurabi menulis bahwa jika Muktazilah tidak ditakdirkan Tuhan untuk bangkit membuka Islam, maka tidaklah muncul Ilmu Kalam dengan kekayaannya yang besar dan tidaklah kita akan sanggup membela Islam dari serangan-serangan orang luar. Muncul pertanyaan, kenapa jasa besar Muktazilah dalam penyebaran dan membela Islam menjadi dilupakan? Makalah ini berusaha menjawab pertanyaan tersebut.

References

Abdul Aziz Dahlan. 2001. Teologi dan Akidah dalam Islam. Padang: IAIN Imam Bonjol.

Abu Zahrah. 1996. Aliran Politik dan Akidah dalam Islam. Jakarta:Logos Publishing House.

Asep Muhyiddin & Agus Ahmad Safei. 2002. Metode Pengembangan Dakwah. Bandung: Pustaka Setia.

Azyumzrdi Azra. 1992. Konteks Berteologi di Indonesia, Jakarta:Paramadina.

Fazlur Rahman. 1992. Islam. Jakarta: Bumi Aksara.

Harun Nasution. 1986. Teologi Islam Aliran-aliran Sejarah Analisa Perbandingan, Jakarta: UI Press.

Quraish Shihab. 1999. Membumikan Al

Qur’an.Bandung: Mizan.

Salmadanis. 2003. Filsafat Dakwah. Jakarta: Percetakan Surau.

__________. 2004. Da’i dan Kepemimpinan. Jakarta: The Minangkabau Foundation.

Sirajuddin Zar. 2002. Aliran Mu’tazilah dan Sumbangannya terhadap Ilmu Kalam. Padang: IAIN Imam Bonjol.

How to Cite
Eliza, E. (1). Kontribusi Muktazilah Dalam Penyebaran Dakwah Islam. Al-Hikmah, 3, 91-102. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/8
Section
Articles