CABARAN DAN POTENSI MAJALAH DAKWAH BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA TERHADAP TREND PEROLEHAN PERBELANJAAN IKLAN (ADEX)

  • Shahrul Nazmi Sannusi Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Industri penerbitan majalah berkonsepkan dakwah berkembang sejak sebelum merdeka lagi dan berterusan sehingga kini. Dalam laporan terbaru Magazine Publisher Association (MPA 2014) menunjukkan, sejumlah RM207.8 juta perolehan jualan iklan atau ADEX berjaya diraih oleh penerbit majalah negara ini untuk tahun 2013. Daripada jumlah itu, RM60.1 juta diraih oleh majalah berbahasa Melayu, dan hanya RM5.3 juta diraih oleh majalah dakwah pada tahun 2013. Justeru, objektif kertas ini akan membincangkan tentang faktor, cabaran serta potensi yang dihadapi ketika situasi industri penerbitan majalah dakwah ketika ini. Persoalan utama yang timbul disini ialah, bagaimana syarikat penerbit majalah tempatan ketika ini bersedia berhadapan perubahan dalam industri ini yang dilihat semakin mencabar. Kaedah analisis kandungan telah digunakan keatas data perolehan iklan daripada Laporan terbaru Magazine Publisher Association (MPA 2014) daripada tahun 2010 hingga 2014 (Julai) dan juga temubual bersama editor. Penemuan analisis ini mendapati ADEX dalam majalah dakwah terbahagi kepada dua kategori iaitu dakwah umum dan juga dakwah muslimah. Tumpuan pihak pengiklan lebih menjurus kepada majalah kategori dakwah muslimah yang menyumbang perolehan lebih besar berbanding majalah dakwah dakwah umum.

Kata kunci: Dakwah, Periklanan, ADEX, Editorial, Majalah

Author Biography

Shahrul Nazmi Sannusi, Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Senior Lecturer (Journalism)

References

Abrahamson, D. 2009. The future of magazines, 2010-2020. Journal of Magazine & New Media Research, 10 (2), 1-3.

Adi Satria. 2003. Cabaran iklan dalam penerbitan majalah berbahasa Melayu. Kertas kerja dalam Simposium Dunia Permajalahan Melayu 2003, Menara DBP, Kuala Lumpur, 12-13 Ogos 2003.

Daly, C. P, P. Henry. & E. Ryder. 1997. The Magazine Publishing Industry. Boston: Allyn & Bacon.

Gan Lee Ha. 1999. Penerbitan majalah Wanita, Her World dan Fu Ni: Kajian terhadap persamaan dan perbezaan. Latihan ilmiah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Heng Gek Koon. 2005. Kajian perbandingan pendapatan periklanan Majalah Wanita Melayu dengan majalah wanita Inggeris. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Malaya.

Johnson, Sammye & Prijatel. 2006. Magazine: From Cover to Cover. New York: Oxford University Press.

Hamedi Mohd Adnan. 2001. Ekonomi Penerbitan Majalah Melayu Sebelum Perang. Tesis Kedoktoran. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Hamedi Mohd Adnan. 2008. Persoalan Ekonomi dan Tanggungjawab Sosial dalam Penerbitan MajalahMassa (1995-2004). Jurnal Pengajian Media Malaysia. Universiti Malaya. Volume 10, No. 1, 2008.

Khoo, Kay Kim. 1984. Majalah dan akhbar Melayu sebagai sumber Sejarah. Perpustakaan Universiti Malaya.

Pricewaterhousee Coopers Research. Turning the page; The Future of E-Book. Technology, Media and Communication Analysis 2010. PwC.

Roff, W.R. 1972. Bibliography of Malay and Arabic Periodicals Published in the Straits Settlement and Peninsular Malay States 1876-1941. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Zenith Optimedia. 2010. Best prospects for advertising since 2000. Zenith Optomedia reports. 6 Disember.

Published
2014-12-30
How to Cite
Sannusi, S. N. (2014). CABARAN DAN POTENSI MAJALAH DAKWAH BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA TERHADAP TREND PEROLEHAN PERBELANJAAN IKLAN (ADEX). Al-Hikmah, 6(2), 15-28. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/95
Section
Articles