Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Norasmah Othman
  • Azzyyati Anuar
  • Muhammad Husin

Abstract

ABSTRAK

 

Bagi memastikan adanya pekerjaan di kalangan gradúan selepas tamat pengajian, pelajar digalakkan untuk menyertai dan membuka perniagaan secara kecil-kecilan ketika berada di kampus. Pelajar juga boleh memperoleh pengalaman dalam pengendalian perniagaan walaupun masih belajar. Sepertimana perniagaan-perniagaan lain, perniagaan yang dikendalikan oleh pelajar juga berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kekangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari pelbagai fakulti dalam mengendalikan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kekangan tersebut berkaitan dengan trait personaliti, kemahiran teknikal pelajar dan persekitaran mikro. Kajian kualitatif telah digunakan. Ia menggunakan teknik temu bual mendalam dan pemerhatian. Empat pelajar yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di universiti secara separuh masa telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati bahawa elemen trait personaliti, kemahiran teknikal juga persekitaran mikro memang menyumbang kepada kekangan di kalangan pelajar semasa menjalankan perniagaan.Kekangan ini memberi implikasi yang besar kepada pelajar, pensyarah dan juga pegawai di Hal Ehwal pelajar. Maka, dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan atau meminimumkan impak kekangan tersebut terhadap perniagaan pelajar di universiti.

Kata kunci: kekangan, trait personaliti, kemahiran teknikal, persekitaran mikro

 

 

ABSTRACT

 

To ensure employability among graduates upon finishing their studies, they are encouraged to participate and create their own small scale business while still in campus. Students can also gain experience in managing businesses while still studying. Like any businesses, businesses run by the students also face many difficulties and constraints. Hence, this study intends to explore constraints faced by students for various faculties in running a business at the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The constraints are related to students’ personality traits, technical skills and micro environment. This qualitative research has been used. It employs in-depth interview and observation. Four students who carried out different types of small scale businesses in university as part-time have been selected as research respondents. The results show that personality traits elements, technical skill elements as well as micro environment element contribute to the constraints among the students while running the business. These constraints pose huge implications on students, lecturers and to the HEP officers. Hence, the findings of this study will help to reduce or minimize the impact of the constraints toward the students’ businesses in university.

Keywords: constraint, traits personality, technical skill, micro environment

Downloads

How to Cite

Othman, N., Anuar, A., & Husin, M. (2013). Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, (12). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/14

Issue

Section

Full Research Article