Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah

Authors

  • Muhammad Zaim Najmi Mohd Rahim
  • Anuar Ahmad
  • Norasmah Othman

Keywords:

Kemahiran Pemikiran Sejarah, Pembelajaran Berasaskan Projek, Sejarah

Abstract

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu konsep fundamental dalam disiplin Sejarah dan berperanan memperkembang kognitif pelajar dalam memahami sesebuah peristiwa bersejarah. Namun, kaedah pengajaran guru masih lemah dalam menerapkan KPS. Kebanyakan aktiviti pengajaran tidak mencabar kebolehan kognitif pelajar. Ini mengakibatkan pelajar sukar menguasai KPS dengan baik. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan pembelajaran aktif yang sesuai untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar. Kajian bertujuan bagi mengenal pasti kesan PBP terhadap penguasaan KPS dalam konteks pelajar sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental berbentuk ujian pra dan pos. Seramai 60 orang pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah telah dipilih secara pensampelan mudah dan dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Instrumen ujian pencapaian telah dibina sendiri oleh pengkaji serta disahkan oleh empat pakar penilai. Perisian IBM SPSS Statistics 23 telah digunakan dalam menganalisis data kajian secara deskriptif dan inferensi. Ujian non-parametrik iaitu ujian Wilcoxon Matched-Pairs Signed Ranks dan Ujian Mann-Whitney telah digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPS kumpulan rawatan yang menerima kaedah PBP adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang menerima kaedah pengajaran tradisional. Ini menunjukkan bahawa kaedah PBP memberikan kesan dari segi peningkatan yang lebih tinggi terhadap tahap penguasaan KPS pelajar berbanding kaedah tradisional. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada guru Sejarah dalam mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai bagi menerapkan KPS dengan berkesan serta menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sejarah. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Mohd Rahim, M. Z. N., Ahmad, A., & Othman, N. (2022). Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/195

Issue

Section

Full Research Article