Hubungan di antara Imej Korporat Perbankan dengan Kepuasan Pelajar dan Kualiti Perkhidmatanq

Authors

  • Zulhamri Abdullah
  • Vanaja Alagu
  • Kalaivany Nagappan
  • K. Y.S. Putri
  • S. Bekti Istiyanto

Abstract

Pada amnya, ringkasan kajian adalah dilakukan untuk mengenalpasti tahap penerimaan dan penilaian imej korporat CIMB berdasarkan tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh CIMB serta mengkaji imej korporat CIMB. Kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengkaji imej korporat CIMB dalam kalangan pelajar. Pengkaji telah mengambil CIMB tujuan utama untuk mengkaji tentang imej korporat cawangan CIMB dan menganalisis cara yang digunakan oleh pengurusan CIMB bagi mengatasi sebarang masalah dengan cara yang berkesan serta mengkaji teknik dan strategi yang digunakan oleh bahagian komunikasi korporat CIMB untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Kaedah persampelan mudah telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 150 responden telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Kajian menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa imej korporat CIMB adalah memuaskan. Terdapat hubungan positif dan signifikan di antara kepuasan pelajar dan kualiti perkhidmatan dengan imej korporat CIMB. Berdasarkan kajian ini, kami mencadangkan pihak pengurusan CIMB perlu mengambil tindakan yang wajarnya bagi meningkatkan imej korporat mereka. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Abdullah, Z., Alagu, V., Nagappan, K., Putri, K. Y., & Istiyanto, S. B. (2022). Hubungan di antara Imej Korporat Perbankan dengan Kepuasan Pelajar dan Kualiti Perkhidmatanq. Jurnal Personalia Pelajar, 23(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/178

Issue

Section

Full Research Article