Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat dan Pembangunan Kesejahteraan Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Roslina Ahmad Faisal
  • Salleh Amat
  • Noriah Ishak

Abstract

 ABSTRAK

 

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar.Kejayaaannya di universiti bergantung kepada beberapa faktor.Antara faktor-faktor yang dianggap penting ialah kewangan, kemudahan dan peralatan yang mencukupi selain daripada penglibatan tenaga pengajar dan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisis tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dan pembangunan kesejahteraan sosial pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kajian ini 119 orang pelajar yang menyertai aktiviti ko-kurikulum telah menjadi responden kajian.Kajian ini menggunakan teknik soal-selidik.Hasil analisis kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana. Begitu juga dengan tahap kesejahteraan sosial pelajar juga pada tahap sederhana.Selain itu, kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan dari segi tahap kepuasan dan kesejahteraan sosial berdasarkan jantina.Secara statistik, kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dengan tahap kesejahteraan sosial pelajar.Implikasi kajian juga turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci:Kokurikulum, Khidmat Masyarakat, Kesejahteraan Sosial

 

ABSTRACT

 

Cocurriculum are part of the university curriculum in contributing to the enrichment of the physical, mental, emotional and social aspect of the students. Its success in university depends on several factors. Among the factors are thefinancial, adequate facilities and equipment, other than the involvement of teachers and students. The purpose of this study is to determine students’ level of satisfaction of the Community Service and the development of social well-being in Universiti Kebangsaan Malaysia. In this study, 119 students who participate in extracurricular activities have been the respondents.This study uses a questionnaire. The results of analysis of this study indicate that the level of student satisfaction with the activities of theCommunity Service is at a moderate level. Similarly, the level of social well-being of students is also a moderate level. The study also found that there was no difference in satisfaction levels based on gender and social welfare. In addition, this study also found that there was no significant relationship between the levels of satisfaction with the level of Community Service activities of social well-being of students. Implications of the study are also discussed in this research.

Keywords: Cocurriculum, Community Services, Social Well-being

Downloads

How to Cite

Ahmad Faisal, R., Amat, S., & Ishak, N. (2013). Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat dan Pembangunan Kesejahteraan Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, (13). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/18

Issue

Section

Full Research Article