Kecerdasan Emosi Sebagai Faktor Penyumbang kepada Kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Rosma Ayu Harun
  • Noriah Mohd Ishak
  • Salleh Amat

Keywords:

Kecerdasan emosi dan kepimpinan, Majlis Eksekutif Pelajar UKM

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat trait kecerdasan emosi (KE) sebagai faktor penyumbang kepada kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) UKM (n = 148). Bagi tujuan pemerolehan data, dua jenis instrumen digunakan sebagai alat kajian utama iaitu Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM-MEQI) dan Malaysia Leadership Audit Trail Inventory (MLATI). Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS. Kajian ini bertujuan untuk (a) melihat profil kepintaran emosi Ahli MEP UKM (b) melihat profil kepimpinan Ahli MEP UKM (c) melihat adakah wujud hubungan antara kepimpinan dengan domain pengurusan personal dan sosial KE di kalangan ahli MEP UKM. Hasil dapatan kajian menunjukkan Ahli MEP UKM mempunyai Indeks Kepintaran Emosi dan Kepimpinan di tahap yang tinggi. Ujian regrasi yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan dengan pengurusan personal dan sosial kecerdasan emosi dalam kalangan ahli MEP UKM. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Harun, R. A., Mohd Ishak, N., & Amat, S. (2022). Kecerdasan Emosi Sebagai Faktor Penyumbang kepada Kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/268

Issue

Section

Full Research Article