Perspektif Pelajar terhadap Budaya Bekerja Sendiri

Authors

  • Lai Wei Sieng
  • Nurul Aida Mainor

Keywords:

bekerja sendiri, keusahawanan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi terhadap budaya bekerja sendiri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar yang telah mempunyai pekerjaan sendiri atau individu yang berminat untuk memulakan pekerjaan sendiri yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti di kampus Bangi bagi menjawab borang soal selidik. Data yang diperolehi melalui soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar memilih untuk melakukan pekerjaan sendiri berbanding bekerja dengan majikan atau makan gaji. Bagi mereka yang telah melakukan pekerjaan tersebut, individu terbabit akan tetap memilih untuk meneruskan bidang pekerjaan itu. Manakala, bagi pelajar yang baru sahaja ingin melibatkan diri dalam pekerjaan sendiri ini yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan pekerjaan yang bekerja sendiri, mereka lebih berminat untuk melakukan pekerjaan itu. Pekerjaan sendiri ini sering dikaitkan dengan bidang keusahawanan. Penemuan kajian ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mempunyai atau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta dapat membawa perubahan kepada diri mereka untuk lebih menceburi bidang pekerjaan sendiri.  

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Wei Sieng, L., & Mainor, N. A. (2022). Perspektif Pelajar terhadap Budaya Bekerja Sendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/180

Issue

Section

Full Research Article