Pilihan Sektor Pekerjaan Dan Faktor Mempengaruhi Pilihan Pekerjaan Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Kalaiselvi A/P Karunamurthi
  • Lai Wei Sieng

Keywords:

Pemilihan sektor pekerjaan, faktor pemilihan, kecenderungan pelajar

Abstract

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan universiti merupakan isu yang kian meruncing. Kecenderungan pelajar gemar memilih dalam pemilihan pekerjaan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sektor yang diminati oleh pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Kaedah yang digunakan adalah analisis data primer yang diperoleh melalui borang soal selidik dan responden adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati pelajar cenderung untuk memilih sektor perkhidmatan dan faktor yang mempengaruhi pemilihan adalah gaji; peluang naik pangkat; keselesaan tempat kerja dan faedah sampingan. Selain itu, pelajar cenderung untuk memilih pekerjaan yang 1) menawarkan gaji mengikut tahap pendidikan; 2) pekerjaan yang diminati; 3) dekat dengan kemudahan awam dan 4) dekat dengan rumah. Pelajar juga didapati tidak berminat untuk memilih pekerjaan yang di luar bidang pengajian; pekerjaan yang mencabar; pekerjaan yang menyebabkan tekanan kerja tinggi dan persekitaran pekerjaan yang tidak selesa. Pelajar juga didapati tidak akan dipengaruhi oleh kehendak ibu bapa dalam pemilihan pekerjaan. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Karunamurthi, K. A., & Wei Sieng, L. (2022). Pilihan Sektor Pekerjaan Dan Faktor Mempengaruhi Pilihan Pekerjaan Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/239

Issue

Section

Full Research Article