Kajian Literasi Media dalam Kalangan Pelajar terhadap Isu Kontroversi Malaysia dan Indonesia di Media Sosial

Authors

  • Trinovella Elvionita
  • Shahrul Nazmi Sannusi

Keywords:

Literasi Media, Media Sosial, Netizen, Kreadibilliti, Isu Kontroversi

Abstract

Isu-isu kontroversi antara Malaysia dan Indonesia sering mendapatkan perhatian dalam media sosial. Isu-isu kontroversi berlaku kerana kekurangan keupayaan dan kemahiran literasi media serta pengendalian diri yang dimiliki oleh pengguna media. Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemampuan dan tahap literasi media yang dimiliki oleh pelajar dalam menanggapi isu-isu kontroversi diantara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberi penekanan kepada prinsip yang terdapat dalam Teori Literasi Media oleh James W. Potter tahun 2004. Teori ini menjelaskan bahawa seseorang individu mesti memiliki struktur pengetahuan, pengendalian diri, kebolehan dan kemahiran serta aliran kerja pemprosesan maklumat dalam menggunakan dan berhubungan dengan media. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan kaedah perbincangan kumpulan fokus, yang memilih sepuluh pelajar Malaysia dan sepuluh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa media memainkan peranan penting sebagai alat untuk menyebarkan dan menimbulkan kontroversi. Kemahiran literasi media setiap orang adalah berbeza bergantung pada bagaimana dia ingin belajar dengan baik supaya ia tidak mudah terjejas oleh kesan negatif media. Oleh itu, media harus mempunyai kredibiliti yang baik serta mengikuti asas-asas jurnalistik dalam penyebaran berita, sehingga berita yang disebarkan dapat dipercayai dan tidak menimbulkan kontroversi. Dengan meningkatnya kemampuan literasi media, ia akan mampu mengelakkan daripada timbul kontroversi yang dicetuskan oleh kalangan netizen terhadap isu-isu sensitif yang melibatkan dua negara.

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Elvionita, T., & Sannusi, S. N. (2022). Kajian Literasi Media dalam Kalangan Pelajar terhadap Isu Kontroversi Malaysia dan Indonesia di Media Sosial. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/203

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)