Kebolehgunaan dan Kesan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) dalam Minggu Mesra Mahasiswa UKM
Keywords:
Aplikasi mudah alih, Minggu Mesra Mahasiswa, MESRA@UKMAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan dan kesan aplikasi mudah alih ‘MESRA@UKM’ dalam Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) 2018. Aplikasi mudah alih ini dibangunkan menggunakan alat pengarangan Framework react native language javascript untuk pelantar Android dan iOS yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk menilai perisian ini, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert lima pilihan telah digunakan. Seramai 1258 orang pelajar baru UKM telah mengambil bahagian sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif untuk menilai persepsi pengguna terhadap kebolehgunaan aplikasi mudah alih ‘MESRA@UKM’ yang dibangunkan. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar sangat berpuas hati terhadap aplikasi yang dibangunkan ini. Kesimpulannya, pembinaan aplikasi mudah alih ini berjaya dibangunkan dan berpotensi dilaksanakan bagi membantu pelajar seperti dalam penyampaian maklumat, tunjuk arah, jadual program dan pergerakan bas serta bantuan menjawab pelbagai persoalan pelajar dalam memastikan kelancaran sepanjang MMM.Â