Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Perakaunan Universiti Awam

Authors

  • Noor Lela Ahmad
  • Nadiah Farhanah Mohd Fazil

Keywords:

mahasiswa, keusahawanan, pengurusan kewangan, perakaunan

Abstract

Pengurusan kewangan merupakan isu penting yang hangat diperdebatkan ketika ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan modal insan. Ilmu dalam kewangan dilihat sebagai keupayaan individu menggunakan pengetahuan serta kemahiran bagi menguruskan sumber kewangan dengan berkesan bagi mencapai kesejahteraan kewangan sepanjang hayat. Manakala keusahawanan dilihat sebagai salah satu pemangkin kepada pembangunan negara dan memerlukan belia sebagai penerajunya. Artikel ini bertujuan meneliti isu pengurusan kewangan dan kepentingannya sebagai pemangkin pembangunan keupayaan keusahawanan di kalangan mahasiswa universiti awam. Kajian menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpul data yang melibatkan 238 orang mahasiswa dari empat buah universiti awam di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada mahasiswa tahun akhir dari jurusan perakaunan dari fakulti pengurusan universiti berkaitan. Instrumen kajian terbahagi kepada 3 bahagian yang diadaptasi dan diubahsuai dari Two-Dimensional Model oleh Media Researh Consultants Pte Ltd (OECD, 2005) dan kajian lepas berdasarkan soalan kajian yang dikaji. Analisis statistik deskriptif (min dan frekuensi) dan inferensi Korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan kemahiran pengurusan kewangan mahasiswa berada pada tahap sederhana (M=3.70). Walaubagaimanapun, tahap keupayaan keusahawanan mahasiswa berada pada aras tinggi (M=3.96). Kemahiran pengurusan kewangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembangunan keusahawanan mahasiswa (r=0.594, p<0.05). Mahasiswa berpandangan bahawa pengurusan kewangan merupakan satu kriteria penting yang dapat membantu meningkatkan keupayaan kemahiran keusahawanan terutama dalam aspek kewangan, pengurusan dan pemasaran. Kajian mencadangkan sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pemantapan amalan pengurusan kewangan yang baik melalui penganjuran program, latihan dan kursus yang dijalankan di pusat pengajian supaya mahasiswa dapat meningkatkan keupayaan keusahawanan sekaligus memiliki kesejahteraan kewangan.  

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Ahmad, N. L., & Mohd Fazil, N. F. (2022). Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Perakaunan Universiti Awam. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/204

Issue

Section

Full Research Article