Keberkesanan Sistem Pentaksiran Baharu STPM bagi Mata Pelajaran Perakaunan dari Perspektif Pelajar Tingkatan Enam

Authors

  • Noor Lela Ahmad
  • Rohala Yusof
  • Rosmini Ismail

Keywords:

sistem pentaksiran, pendidikan, perakaunan, kemahiran insaniah, pencapaian

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan terhadap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dinilai berdasarkan dua aspek iaitu pencapaian akademik dan kemahiran insaniah mengikut keperluan program transformasi pendidikan yang mengkehendaki pelajar dinilai secara holistik dan menyeluruh ke arah pengajian prauniversiti. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif secara soal selidik bagi mendapatkan data daripada enam puluh orang pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Perakaunan dari empat buah sekolah di daerah Melaka Tengah. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT (2006) dan modul Kavanagh dan Drennan (2008) untuk menjawab persoalan kajian. Analisis data menggunakan analisis min, frekuensi dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan sistem pentaksiran baharu memberi kebaikan dan kelebihan kepada pelajar STPM terutama sebagai persediaan ke institusi pengajian tinggi. Kemahiran insaniah seperti kemahiran teknikal, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran intelektual, kemahiran interpersonal dan kemahiran personal dapat dipupuk melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan kerja kursus yang digunakan oleh guru di dalam dan diluar bilik darjah. Dengan ini, kajian mencadangkan penambahbaikan berterusan dilakukan terhadap sistem pentaksiran baharu STPM supaya berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompetitif. 

Downloads

How to Cite

Ahmad, N. L., Yusof, R., & Ismail, R. (2022). Keberkesanan Sistem Pentaksiran Baharu STPM bagi Mata Pelajaran Perakaunan dari Perspektif Pelajar Tingkatan Enam. Jurnal Personalia Pelajar, 20(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/259

Issue

Section

Full Research Article