Analisis Perspektif Umum Penganjuran Webinar Pelajar Berkaitan Penyakit Katarak
Keywords:
perspektif umum, kesedaran umum, webinar komuniti, katarak, optometriAbstract
Kajian ini bertujuan menilai perspektif umum mengenai penganjuran webinar komuniti berkaitan penyakit katarak. Kajian berbentuk keratan rentas ini dilakukan pada 73 orang peserta yang telah menyertai satu webinar yang dianjurkan mahasiswa/i program Optometri dan Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur yang diedarkan melalui aplikasi Google Form selepas webinar komuniti tersebut selesai. Seramai 53 orang peserta telah mengisi soal selidik yang disediakan dengan lengkap (72.6%). Data demografi peserta, perspektif peserta tentang perjalanan dan pengisian program webinar serta penilaian tahap kesedaran dan pengetahuan peserta berkaitan topik webinar, telah dicerap melalui soal selidik tersebut. Webinar ini telah disertai oleh peserta dari beberapa buah negeri di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak. Majoriti peserta (92%) memberikan gred 5 (Sangat Setuju) mengikut skala Likert kepada pengurusan webinar. Peserta juga merasakan bahawa kesedaran dan pengetahuan terhadap penyakit katarak meningkat selepas mengikuti webinar tersebut. Dapatan analisis perspektif umum yang positif terhadap penganjuran webinar pelajar berkaitan penyakit katarak ini menunjukkan potensi kaedah webinar ini dalam menyebarkan ilmu kesihatan kepada umum.Â