Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik ‘Pengalaman Pembelajaran Berbantukan Rakan’ Versi Bahasa Melayu Untuk Pembelajaran Teknik Lampu Celah Biomikroskopi

Authors

  • Faiznur Adha Yusoff
  • Mizhanim Mohamad Shahimin
  • Nur Zakiah Mohd. Saat
  • Khazriyati Salehuddin

Keywords:

Pembelajaran berbantukan rakan, kesahan, kebolehpercayaan, lampu celah biomikroskop, terjemahan

Abstract

Pembelajaran Berbantukan Rakan (PBR) merupakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengetahui keberkesanan kaedah tersebut. Soal selidik yang sedia ada untuk mengukur keberkesanan PBR adalah dalam Bahasa Inggeris dan untuk bidang Kejururawatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ‘Pengalaman Pembelajaran Berbantukan Rakan’ bagi teknik Lampu Celah Biomikroskopi versi Bahasa Melayu. Soal selidik Peer Teaching Experience Questionnaire (PTEQ) dan Clinical Teaching Preference Questionnaire (CTPQ) dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu menggunakan kaedah penterjemahan forward-backward dan sesi pengharmonian. Soal selidik tersebut disahkan oleh pakar bahasa sebelum digunakan. Kajian dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ini pada subjek kajian yang pernah terlibat dalam sesi PBR bagi teknik Lampu Celah Biomikroskopi iaitu pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Program Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan soal selidik mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.86 (PTEQ) dan 0.87 (CTPQ) versi Bahasa Melayu. Kedua-dua soal selidik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mempunyai kepelbagaian dimensi untuk diguna pakai bagi menguji keberkesanan kaedah pembelajaran PBR. Soal selidik versi baharu yang dihasilkan adalah setara dengan versi asal iaitu Bahasa Inggeris dan sah digunapakai. Penterjemahan soal selidik PTEQ dan CTPQ ke versi Bahasa Melayu telah menghasilkan peralatan baharu yang mempunyai ciri psikometri untuk mengukur keberkesanan kaedah pembelajaran PBR pada masa akan datang yang menepati konteks dan norma di Malaysia. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Yusoff, F. A., Mohamad Shahimin, M., Mohd. Saat, N. Z., & Salehuddin, K. (2022). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik ‘Pengalaman Pembelajaran Berbantukan Rakan’ Versi Bahasa Melayu Untuk Pembelajaran Teknik Lampu Celah Biomikroskopi. Jurnal Personalia Pelajar, 21(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/240

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)