Masalah Kewangan dan Tekanan dalam kalangan Mahasiswa

Authors

  • Norlaila Abu Bakar
  • Norain Mod Asri
  • Iman Athira Laili
  • Suhaila Saad

Keywords:

mahasiswi, masalah kewangan, skill pengurusan kewangan, tekanan, proses pembelajaran.

Abstract

Ketidaktentuan ekonomi dalam alaf ini menuntut para pelajar universiti untuk mempunyai kemahiran pengurusan kewangan. Golongan pelajar universiti lebih mudah terdedah kepada membuat pengurusan kewangan yang kurang bijak. Pengurusan kewangan yang lemah boleh mencetuskan masalah kewangan dan tekanan kepada pelajar-pelajar universiti. Dalam kajian ini masalah kewangan lebih difokuskan kepada ketidakcukupan jumlah pembiayaan pendidikan untuk menampung keperluan asas semasa di universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap masalah kewangan dalam kalangan pelajar universiti, amalan pengurusan kewangan pelajar dan tekanan yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada proses pembelajaran. Kajian ini melibatkan 223 responden dalam kalangan pelajar prasiswazah perempuan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif. Tiga dapatan utama kajian ini adalah pertama, majoriti responden yang mempunyai masalah kewangan yang serius datang dari golongan keluarga atau isirumah berpendapatan rendah iaitu dalam kelompok B40, manakala pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan sederhana M40 mengatakan walaupun mereka menerima pinjaman pendidikan daripada pihak-pihak tertentu seperti PTPTN, namun jumlah pembiayaan tersebut tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas harian. Kedua, majoriti responden bersetuju bahawa mereka berasa kecewa, tertekan dan murung apabila menghadapi masalah kewangan seterusnya menjejaskan proses pembelajaran. Ketiga, masalah kewangan menyebabkan responden terpaksa menghadkan pengambilan makanan utama dalam sehari demi menjimatkan wang. Justeru dicadangkan supaya jumlah pembiayaan pendidikan perlu ditingkatkan seiring dengan peningkatan kos sara hidup. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Abu Bakar, N., Mod Asri, N., Laili, I. A., & Saad, S. (2022). Masalah Kewangan dan Tekanan dalam kalangan Mahasiswa. Jurnal Personalia Pelajar, 22(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/224

Issue

Section

Full Research Article