Kecenderungan Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia

Authors

  • Norain Mod Asri
  • Mhd Suhaimi Ahmad
  • Md Daud Ismail

Keywords:

Kecenderungan, Keusahawanan, Analisis deskriptif

Abstract

Dewasa ini, bidang keusahawanan sedang rancak dikembangkan di Malaysia menerusi pendidikan formal. Ini termasuklah usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Namun, yang menjadi persoalannya kini adalah hanya segelintir kecil pelajar sahaja yang dikenalpasti telah menceburkan diri dalam perniagaan walaupun banyak usaha dan sumber kewangan telah dilaburkan oleh pihak universiti dan kementerian. Justeru, kajian ini bakal mengupas isu berkaitan tahap kecenderungan mahasiswa UKM terhadap keusahawanan. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Seramai 310 pelajar yang aktif dalam bidang keusahawanan dari pelbagai latar belakang telah dipilih menerusi kaedah 'purposive sampling'. Dapatan kajian yang dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif menunjukkan walaupun lebih dua per tiga pelajar berkecenderungan terhadap keusahawanan terutama di kalangan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, tetapi taburan pelajar adalah tidak sama rata mengikut fakulti. Di samping itu, didapati bilangan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan turut semakin merosot sewaktu semester-semester terakhir pelajar berada di IPT.  

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Mod Asri, N., Ahmad, M. S., & Ismail, M. D. (2022). Kecenderungan Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/217

Issue

Section

Full Research Article