Pembelajaran-e, Tekanan dan Komitmen Belajar dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Md Daud Ismail
  • Nur Syuhada Md Zain
  • Roshayati Abdul Hamid

Keywords:

Pembelajaran-e, tekanan, komitmen belajar, sains sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pembelajaran-e telah menjadi topik utama dalam kajian berkaitan pendidikan dalam konteks insitut pengajian tinggi. Penemuan oleh penyelidik terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan kebolehgunaan pembelajaran-e mempengaruhi proses pembelajaran yang lebih berkesan dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Penemuan oleh kajian lepas juga menunjukkan bahawa tekanan dan komitmen belajar adalah faktor penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Khususnya, kajian ini menyelidik peranan pembelajaran-e terhadap tekanan belajar dan juga hubungan di antara tekanan dan komitment belajar. Data kajian dikutip dari pelajar prasiswazah dalam bidang Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah analisis regresi pelbagai telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembelajaran-e mempengaruhi tekanan belajar dan komitmen belajar secara positif dan signifikan. Sebagai tambahan, tekanan belajar juga mempengaruhi komitmen belajar dengan positif dan signifikan. Di akhir kertas ini terdapat bahagian perbincangan dan kesimpulan kajian. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Ismail, M. D., Md Zain, N. S., & Abdul Hamid, R. (2022). Pembelajaran-e, Tekanan dan Komitmen Belajar dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/267

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)