Tingkah Laku Inovatif dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah: Satu Kajian Rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Nur Atiqah Abdullah
  • Norazila Mat
  • Roshayati Abdul Hamid
  • Noor Hasni Juhdi

Keywords:

Tingkah laku inovatif, kreativiti, implementasi idea, modal insan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep tingkah laku inovatif dan mengenalpasti dimensi atau faktor yang menyumbang kepada tingkah laku inovatif. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina oleh Dorenbosch, Van Engen dan Verhagen (2005) untuk mengukur konstruk tingkah laku inovatif. Responden adalah terdiri daripada 126 orang pelajar pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai pengalaman kerja. Keputusan analisis faktor mengesahkan dua dimensi yang menerangkan tingkah laku inovatif, iaitu faktor kreativiti dan implementasi idea, dengan nilai Bartlett’s Test of Sphericity = 917.80, signifikan (p<0.05), nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin measure of sampling adequacy) = .922. Kedua-dua dimensi tersebut menyumbang sebanyak 70% kepada jumlah varian kumulatif. Keputusan ujian korelasi menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara kreativiti dan implementasi idea dengan tingkah laku inovatif. Sementara keputusan ujian alfa Cronbach menunjukkan kreativiti (α = .922), implementasi idea (α = .845) dan tingkah laku inovatif (α = .929) mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Akhir sekali implikasi kajian dibincangkan. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Abdullah, N. A., Mat, N., Abdul Hamid, R., & Juhdi, N. H. (2022). Tingkah Laku Inovatif dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah: Satu Kajian Rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/276

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)