Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Norazila Mat
  • Muhammad Syaqif Noordin
  • Nur Atiqah Abdullah

Keywords:

kemahiran insaniah, mahasiswa, badan beruniform, UKM.

Abstract

Golongan mahasiswa yang menuntut di universiti merupakan aset penting kepada pembangunan dan hala tuju sesebuah negara. Justeru itu, mahasiswa yang dilahirkan oleh universiti perlu memiliki personaliti yang hebat dan berketrampilan. Salah satu usaha yang dapat membantu pembangunan ketrampilan pelajar adalah penglibatan mereka di dalam badan beruniform. Kertas ini ditulis untuk mengkaji keberkesanan badan beruniform dalam membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar yang menyertai badan beruniform terhadap kemahiran insaniah yang terbentuk sepanjang mereka berada dalam badan beruniform tersebut. Seterusnya, kajian ini dilakukan bagi menilai elemen-elemen kemahiran insaniah yang berjaya disemai dalam penglibatan badan beruniform. Seramai 120 orang pelajar yang menyertai badan beruniform dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang bersifat kuantitatif, mendapati terdapat lima elemen kemahiran insaniah yang dapat dibentuk sepanjang menyertai badan beruniform. Antara elemen kemahiran insaniah tersebut adalah kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan dan etika dan moral profesional. Kajian ini seterusnya membuktikan bahawa penyertaan pelajar dalam badan beruniform dapat membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan diri mereka. 

Downloads

How to Cite

Mat, N., Noordin, M. S., & Abdullah, N. A. (2022). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/250

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)