Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran subjek MPU secara Blended dan Active Learning di Pusat CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords:
Pengajaran dan Pembelajaran, Mata Pelajaran Umum (MPU), Pusat CITRA UKM, MalaysiaAbstract
Pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti hari ini selaras dengan perkembangan bersepadu ke arah melahirkan pelajar yang berbakat insan kelas pertama, berketrampilan, berkemahiran insaniah di samping dilengkapi pengetahuan umum yang luwes lagi bermakna. Banyak telah diperkatakan tentang kaedah pembelajaran yang mampu menghasilkan pelajar yang sedemikian, namun tidak banyak perkongsian yang ada dikongsi secara langsung. Antara kaedah yang ditekankan adalah memperkasakan cara pengajaran dan pembelajaran subjek-subjeknya secara blended and active learning bagi mempertingkatkan keyakinan diri dan menambah pemahaman hidup seseorang insan di samping memberi impak maksima berkaitan isi kandungan subjek. Kertas ini ditulis dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman proses pengajaran dan pembelajaran subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) di Pusat Citra UKM, yang meliputi Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik dalam bentuk perkongsian pengalaman pembelajaran, pembelajaran aktif (active learning) berdasarkan pembelajaran berpaksikan hasilan, pembelajaran aktif serta kaedah kaedah blended yang digunapakai. Kaedah pemerhatian digunapakai dalam kertas ini di samping perkongsian penggunaan pelbagai medium beserta pembentangan tugasan dalam beraneka bentuk melibatkan kerja berkumpulan dan refleksi diri turut dikongsi bersama. Perkongsian pengalaman ini membawa makna yang memberangsangkan kepada keluwesan ilmu, pembangunan subjek baharu serta pemantapan jatidiri pelajar.Â