Mengalakkan Kecenderungan Pelajar Terhadap Keusahawanan Melalui Literasi Digital, Penggunaan ICT dan Kecekapan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Nor Asiah
  • Noor Hasni Juhdi
  • Rosilah Hassan
  • Radin Siti Aishah Radin A.Rahman

Keywords:

Literasi Digital, Penggunaan ICT, Kecekapan Kendiri, Niat Keusahawanan, SmartPLS

Abstract

Dalam abad ke-21, pendidikan keusahawanan merupakan suatu tren di dunia ini. Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju di universiti selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada rakyat untuk menjadi usahawan. Dengan adanya ilmu literasi digital serta penggunaan capaian ICT, secara tidak langsung para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu usahawan di alam maya. Kajian ini tertumpu kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kesan literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri pelajar terhadap kecenderungan untuk menjadi usahawan. Sebanyak 369 data kajian diperolehi dengan menggunakan kaedah kaji selidik dan persempelan mudah. Prosedur Sistematik Pelaksanaan Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis. Hasil kajian mendapati literasi digital dan kecekapan kendiri pelajar berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kecenderungan pelajar untuk menjadi usahawan. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Asiah, N., Juhdi, N. H., Hassan, R., & Radin A.Rahman, R. S. A. (2022). Mengalakkan Kecenderungan Pelajar Terhadap Keusahawanan Melalui Literasi Digital, Penggunaan ICT dan Kecekapan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/233

Issue

Section

Full Research Article