Pendekatan Service-LearningDalam Kursus Kemahiran Insaniah: Transformasi Positif Dalam Kalangan Pelajar Perubatan UKM-UNPAD
Keywords:
Kemahiran insaniah, pendekatan Service-Learning, sukarelawan mahasiswa perubatan, khidmat masyarakat, nilai kebertanggungjawaban sosial.Abstract
Artikel ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan pendekatan pembelajaran melalui kaedah Service- Learning (SL) berjaya dalam pembangunan Kemahiran insaniah (KI) pelajar secara langsung. Ia menganalisa dan menghuraikan pemupukan nilai kebertanggungjawaban di kalangan 37 orang pelajar Fakulti Perubatan UKM-UNPAD setelah selesai melengkapi keperluan Kursus KI. Dapatan dianalisis melalui pendekatan kualitatif dengan menghimpunkan perancangan, laporan aktiviti dan refleksi berstruktur yang dihasilkan oleh pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat impak dan transformasi yang positif dalam konteks pembelajaran bermakna dan pembangunan diri para peserta melalui pendekatan SL terutama pemupukan nilai kebertanggungjawapan sosial yang merupakan salah satu atribut dan elemen penting yang ingin dicapai dalam aspek KI pelajar.Â