Latihan Industri Program Kerja Sosial UKM: Peranan Perantis SLDN dalam Penjagaan Warga Emas
Keywords:
Latihan industri, kerja sosial, peranan perantis dan penjagaan, warga emasAbstract
Latihan industri Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah satu program latihan yang diikuti oleh pelajar kerja sosial UKM dalam bidang penjagaan warga emas di pusat latihan dan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memperoleh pengalaman sebenar dengan mempraktikkan pengetahuan dan teori kerja sosial yang dipelajari di Universiti. Kajian ini bertujuan untuk meneroka transformasi pengetahuan, teori dan etika kerja sosial dalam praktis kerja sosial gerontologi melalui latihan industri di pusat jagaan warga emas. Lokasi kajian yang dipilih ialah Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru. Persampelan kajian merupakan sembilan (9) orang responden bersetuju untuk ditemubual daripada 14 orang perantis yang telah melaksanakan program SLDN pada tahun 2017. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang telah dianalisis secara tematik untuk menjawab persoalan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman kemahiran menolong dengan mengaplikasikan tiga atribut iaitu (i) kebolehan menyelesaikan masalah bagi menampilkan profesionalisme dalam praktikum penjagaan warga emas, (ii) bersifat empati dengan klien dan (iii) intergriti dalam menjalankan tugas yang penuh dengan cabaran di mana ketiga-tiga atribut ini dapat melahirkan pekerja sosial yang profesional dalam mensejahterakan warga emas di institusi.Â