Penyesuaian Diri dan Cara Gaya Tindak Pelajar Sabah dan Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Authors

  • Nasrudin Subhi
  • Lee Chui Pei
  • Salina Nen
  • Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor
  • Khadijah Alavi
  • Norulhuda Sarnon

Abstract

ABSTRAK

 

Penyesuaian diri merupakan proses yang sering dialami dalam kitaran hidup seseorang manusia yang mengalami perubahan persekitaran. Impak keberkesanan penyesuaian diri mempengaruhi kehidupan harian setiap individu. Dalam konteks pelajar, penyesuaian diri dengan persekitaran universiti adalah untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam pembelajaran. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penyesuaian diri pelajar serta cara gaya tindak terhadap masalah yang berlaku dalam hidup mereka. Kajian ini menggunakan alat ujian Student Adaptation College Questionnaires Shortened version (SACQ) (21-items) dan Coping Inventory for Stressful Situations (CISS-21). Seramai 96 orang pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak di kampus UKM, Bangi telah mengisi soal selidik yang telah diedarkan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penyesuaian diri pelajar mempunyai perkaitan signifikan dengan ketiga-tiga cara gaya tindak iaitu cara gaya tindak pengelakan, berorientasi tugasan dan berorientasi emosi. Hasil dapatan boleh dimanfaatkan oleh institusi pendidikan dan kaunselor di mana mereka boleh membantu pelajar menyesuaikan diri dalam keadaan persekitaran di universiti yang berlainan dengan lebih mudah dan cepat.

Kata kunci: penyesuaian diri, cara gaya tindak, pelajar dan persekitaran universiti

 

 

ABSTRACT

 

The process of adjustment is commonly experienced by humans throughout their lives while undergoing evironmental changes. The impact of effective adjustment affects an individual’s daily life. In students’ context, they learn how to adapt to the environment of the university in order to achieve excellence. The main aim of this study was to investige the effectiveness of students’ adjustment along with the coping styles used during adversity in their lives. The instruments used in this study included Student Adaptation College Questionnaires Shortened version (SACQ) (21-items) and Coping Inventory for Stressful Situations (CISS-21). A total of 96 students from Sabah and Sarawak in UKM Bangi campus had completed the distributed questionnaire. The results indicated students’ adjustment correlates significantly with all three coping styles which are avoidance, task oriented and emotion oriented. The research findings can bring benefit to educational institutions and counsellors in helping students adjust better and faster in the university environment.

Keywords: adjustment, coping style, students, university environment

Downloads

How to Cite

Subhi, N., Pei, L. C., Nen, S., Zaiedy Nor, N. I., Alavi, K., & Sarnon, N. (2013). Penyesuaian Diri dan Cara Gaya Tindak Pelajar Sabah dan Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar, (14). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/28

Issue

Section

Full Research Article