Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Tahap Keberkesanan Kemahiran Insaniah Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Mohd Hasimi Yaacob
  • Mohd Helmi Ali
  • Nurhidayani Abd Wahab

Keywords:

penguasaan bahasa Inggeris, kemahiran insaniah

Abstract

Tugas utama sesebuah universiti ataupun institut pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan mempunyai kepakaran teknikal sahaja malah pihak universiti juga perlu memastikan bahawa graduan yang dilahirkan berkebolehan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran, contohnya kemahiran insaniah supaya dapat bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar kelak. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan bahasa Inggeris dengan tahap keberkesanan kemahiran insaniah pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penguasaan bahasa Inggeris dilihat melalui kecenderungan pelajar memupuk minat membaca bahan bahasa Inggeris, berlatih bertutur dalam bahasa Inggeris dan berminat menyertai kempen bahasa Inggeris. Manakala, kemahiran insaniah yang dikaji adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik bagi proses pengumpulan data. Hasil kajian daripada analisis Smart PLS mendapati penguasaan bahasa Inggeris berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan. Secara keseluruhannya, bahasa Inggeris mempunyai impak yang signifikan terhadap pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pihak universiti serta IPT perlu memandang serius akan perkara ini agar dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam semua aspek. 

Downloads

How to Cite

Yaacob, M. H., Ali, M. H., & Abd Wahab, N. (2022). Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Tahap Keberkesanan Kemahiran Insaniah Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/253

Issue

Section

Full Research Article