Amalan Komunikasi Mentor Membangunkan Keyakinan Diri Menti
Keywords:
komunikasi bersemuka, komunikasi terbuka, keyakinan diri menti, SmartPLSAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan di antara amalan komunikasi mentor dan pembangunan keyakinan diri menti. Data kajian diperolehi daripada pelajar program sarjana muda yang mengkhusus dalam bidang ekonomi, perakaunan dan pengurusan di sebuah universiti penyelidikan awam di Semenanjung Malaysia, dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis dan keputusan ini menunjukkan bahawa keupayaan mentor mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur dapat membantu meningkatkan keyakinan diri menti. Seterusnya, perbincangan, implikasi dan kesimpulan turut dihuraikan dalam kajian ini.Â