Mengapa Pelajar Takut Bertanya dalam Kuliah?: Sebuah Kajian di Universiti Malaysia Kelantan

Authors

  • Yohan Kurniawan
  • Thana@Maznah Abdullah
  • Khuzaiton Zakaria
  • Wan Mohamad Wan Abdullah

Abstract

 ABSTRAK

 

Interaksi dalam bilik kuliah antara pensyarah dan pelajar merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Aktiviti ini dipengaruhi oleh faktor motivasi, keadaan persekitaran bilik kuliah, dorongan daripada pensyarah dan rakan-rakan kuliah. Dalam konteks ini, budaya pelajar di Asia sangat berbeza dengan budaya pelajar di barat seperti Eropah dan Amerika. Pelajar Barat lebih berani bercakap dan bertanya semasa perkuliahan dibandingkan pelajar di Asia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pelajar berasa malu atau “takut†untuk bertanya semasa perkuliahan. Data kajian diperolehi menerusi survei ke atas seramai 270 orang pelajar dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia dengan menggunakan borang soal selidik. Soalan dalam soal selidik dibahagikan kepada DUA (2) iaitu Bahagian A tentang faktor dalaman dan bahagian B tentang faktor luaran. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS dan teknik analisis yang digunakan adalah teknik deskriptif dan korelasi. Kajian mendapati bahawa pelajar sedar akan pentingnya bertanya soalan di dalam bilik kuliah, tetapi mereka merasa malu walaupun pensyarah menggalakkan mereka untuk bertanya semasa kuliah. Mahasiswa tersebut mahu bertanya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus ditanyakan, dan mereka bimbang jika rakan-rakan mereka berfikir bahawa mereka cuba menunjuk-nunjuk. Kajian ini juga menunjukkan bahawa mahasiswa sedar bertanya dalam bilik kuliah akan membantu mereka lulus dengan lebih mudah. Selain menyedari bahawa mereka lebih mudah mendapat kedudukan dalam kelab atau persatuan mahasiswa di peringkat universiti. Pelajar didapati cenderung bertanya semasa berada dalam bilik kuliah apabila topik perkuliahan dirasakan sangat menarik. Mereka terdorong untuk memahami dan menguasainya. Akhirnya, kajian ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi galakan dan dorongan kepada mahasiswa untuk aktif bertanya semasa dalam perkuliahan.

Kata kunci: Perasaan malu atau takut, faktor dalaman, faktor luaran, budaya timur

 

ABSTRACT

 

Interaction in the classroom between lecturers and students is a teaching and learning process (PNP). This activity is influenced by motivational factors, environmental conditions lecture rooms, encouragement from the lecturers and college friends. In this context, the student culture in Asia is very different from students in western culture such as Europe and America. Western students more willing to talk and ask during lectures than students in Asia. This study aims to identify factors students feel embarrassed or “afraid†to ask questions during lectures. Data were collected through surveys of a total of 270 students from the Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia using questionnaires. Questions in the questionnaire is divided into two (2) of Part A of factor B of the internal and external parts. Data were analyzed using SPSS and analysis techniques used are descriptive and correlation techniques. The study found that students be aware of pentingya ask questions in classrooms, but they feel ashamed even to encourage them to ask the lecturer during lectures. The students wanted to ask, but they do not know what to ask, and they wonder if their friends think that they try to show this nunjuk.Kajian also shows that students know to ask in the classroom will help them pass more easily. In addition to realizing that they are more easily gain a position in student clubs or associations at the university level. Students were likely to ask when they are in the classroom when the topic is very interesting lecture felt. They are motivated to understand and master it. Finally, this study found that parents play an important role in providing incentives and encouragement to students to actively ask during a lecture.

Keywords: sense of shame or fear, internal factors, external factors, eastern culture

Downloads

How to Cite

Kurniawan, Y., Abdullah, T., Zakaria, K., & Wan Abdullah, W. M. (2013). Mengapa Pelajar Takut Bertanya dalam Kuliah?: Sebuah Kajian di Universiti Malaysia Kelantan. Jurnal Personalia Pelajar, (15). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/33

Issue

Section

Full Research Article