Rawatan Muzik Mozart untuk Meningkatkan Masa Belajar Mahasiswa: Satu Kajian Rintis

Authors

  • Yohan Kurniawan
  • Hishamuddin Md. Som

Abstract

ABSTRAK


Proses pembelajaran seringkali menimbulkan permasalahan, baik dikalangan pelajar mahupun mahasiswa. Banyak kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran ini diantaranya rawatan muzik. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart dapat digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan sekaligus mengurangkan tekanan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan Muzik Klasik karya Mozart dalam meningkatkan masa belajar mahasiswa. Kajian yang dijalankan adalah kajian eksperimental dan seramai lima mahasiswa terlibat sebagai responden. Muzik yang digunakan dalam kajian ini adalah Muzik Klasik karya Mozart dan Muzik Rock daripda kumpulan Sepultura. Ukuran kesan muzik terhadap masa belajar diukur menggunakan lamanya masa atau tempo membaca buku. Analisis data yang digunakan adalah nonparametrik ujian Friedman dan ujian Wilcoxon. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tempo membaca buku bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang signifikan semasa diberi rawatan muzik klasik dan muzik rock. Tempoh membaca buku bacaan fiksyen lebih lama dibandingkan tempoh membaca bacaan bukan fiksyen. Kajian ini juga membuktikan bahawa tempo membaca bacaan bukan fiksyen lebih lama semasa diberi muzik klasik berbanding semasa diberi muzik rock. menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart tidak berkesan untuk meningkatkan tempo belajar mahasiswa.
Kata kunci: Muzik Klasik, Muzik Rock, tempo masa belajar, jenis buku bacaan.


ABSTRACT


The learning process often creates problems among students. There are many methods used to solve problems in the learning process between them and one of the processes is by using musical treatment. Previous research has shown that Mozart’s music can be used to alleviate the suffering and reduce stress of patients. In this study, the main objective is to identify the effects of Mozart’s music in improving students learning time. This study was more of a preliminary study and it has used experimental method which involved five university students who participated as respondents. The type of music used in this study was Mozart’s Classical Music and Rock’s Music from the Sepultura group. The impact of both music on their learning time was measured using the length of time in reading books. In analysing the data, the nonparametric Friedman test and the Wilcoxon test were used. The results showed significant differences on the length of time in reading fiction and non-fiction books while being treated with classical music and rock music. Time to read a fiction book was longer than the time used to read non-fiction books. This study also showed that the time to read non-fiction books was longer when given a classical music compared to when given rock music. However, this study did not really reveal that Mozart’s music was effective in improving student learning time.
Keywords: Mozart’s Classical Music, Rock’s Music, learning time, reading of books

Downloads

How to Cite

Kurniawan, Y., & Md. Som, H. (2014). Rawatan Muzik Mozart untuk Meningkatkan Masa Belajar Mahasiswa: Satu Kajian Rintis. Jurnal Personalia Pelajar, (16). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/44

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)