Persepsi Wanita Buddha Dan Wanita Muslim Terhadap Dialog Agama: Kajian Di Kuala Lumpur

  • Mustafa Kamal Amat Misra
  • Jaffary Awang

Abstract

Kajian ini berkenaan persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim di Kuala Lumpur terhadap dialog antara agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman responden berkaitan dialog antara agama, menilai sikap responden terhadap dialog antara agama dan mengukur tahap amalan responden berkaitan dialog antara agama. Kajian dijalankan ke atas 400 responden, 200 responden dari kalangan Persatuan Sasana Abhiwurdi Wardhana (PSAW) dan 200 responden lagi dari kalangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Manakala instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temubual. Analisis data secara deskriptif dan inferensi kolerasi Spearman dilakukan dengan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan sikap semua responden terhadap dialog antara agama pada tahap memuaskan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara kefahaman dengan sikap semua responden. Ini menunjukkan semakin tinggi tahap kefahaman responden terhadap dialog antara agama, semakin baik sikap responden terhadap dialog antara agama.

References

Attaulah Siddiqui. (ed). 1998. Islam and Other Faith. The Islamic Foundation UIA: The International Institute of Islamic Thought

Azizuddin Ahmad dan Shahran Kasim. 2000. Peranan NGO Dalam Masyarakat Beragama: dlm Kertas Kerja yang di bentangkan dalam Seminar Islam dan Agama-Agama Masyarakat Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 25 November 2000 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azrinah Abdul Rahah. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Latihan Ilmiah Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Azril Mohd Amin, Islamic Outreach ABIM (IOA) (17 Julai 2011).

Bhikkuni Kolonnawe kusuma, Sasana Bhiwurdhi Wardhana Society (3 Mac 2011)

Diana, Sasana Bhiwurdhi Wardhana Society (3 Mac 2011)

Dearana Morshidi. 2010. Hubungan Ibadat Solat Fardu dan penghayatan Akhlak Pelajar: Kajian di Bahagian Miri, Sarawak. Disertasi Sarjana. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Ali. 1994. Panduan Sistem Analisis Statistik. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (atas talian) http://www.ikim.gov.my 26 Nov. 2011)

Jaffary Awang. Muda @ Ismail Abd. Rahman, Rofizah Muhammad Mohamad Noor, Arena Che Kasim, Tengku Ghani Tengku Jusoh, Mohamad Khatim Hasan. 2007. Toleransi Beragama di kalangan Pelajar IPTA: Kajian Kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak. Jurnal Majlis Islam Sarawak.

Jaffary Awang. 2009. Sumbangan dialog antara agama terhadap sikap toleransi beragama di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak. Dalam Jaffary Awang, Muda @ Ismail Ab. Rahman dan Jawiah Dakir. 2009. Islam di Era Globalisasi. (pnytg). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khairulnizam Mat Karim. 2007. “Aplikasi Dialog antara Agama dalam Islam : Satu Paparan”. Kertas kerja ini dibentangkan pada Prosiding Seminar Warisan Nabawi 2007. Universiti Sains Islam Malaysia.

Malaysian Interfaith Network. 2010. (atas talian) http://www.malaysianinterfaithnetwork.net/ (14 Oktober 2010)

Mohd Haidhir. Angkatan Belia Islam Malaysia Wilayah Persekutuan (8 Jun 2011)

Norasmah Othman. 2002. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Prematilaka KD Sirena, Sasana Bhiwurdhi Wardhana Society (1 September 2011)

Ramli Awang. 2008. Dialog antara agama menurut perspektif Al-Quran. Skudai Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Raimi Ab. Rahim. Angkatan Belia Islam Malaysia Pusat (9 September 2011)

Wan Nor Asmawi, Angkatan Belia Islam Malaysia Wilayah Persekutuan (8 Jun 2011)

Published
2013-10-27
How to Cite
Amat Misra, M. K., & Awang, J. (2013). Persepsi Wanita Buddha Dan Wanita Muslim Terhadap Dialog Agama: Kajian Di Kuala Lumpur. Al-Hikmah, 4, 131-147. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/24
Section
Articles