IDENTIFIKASI IDENTITI BISEKSUAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK SOKONGAN SOSIAL DAN KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN INDIVIDU BISEKSUAL DI MELAKA

  • Suhaya Deraman Universti Kebangsaan Malaysia
  • Salasiah Hanin Hamjah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Irdha Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anis Nor Amelia Nor Asikin Kolej Universiti Islam Melaka
  • Izzah Nur Aida Zur Raffar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengidentifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka. Dewasa ini biseksual merupakan fenomena yang semakin membimbangkan dan menjadi isu kontroversi di Malaysia kerana statistik amalan orientasi seksual songsang ini semakin meningkat walaupun ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan norma masyarakat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana hubungan antara sokongan sosial dan kesihatan mental dengan identiti biseksual yang diamalkan oleh individu biseksual. Untuk tujuan ini, satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 30 individu biseksual di Melaka.  Kajian yang berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan borang soal selidik berkaitan demografi, Skala Identiti Lesbian, Gay dan Biseksual (Lesbian,Gay and Bisexual Identity Scale), Soal Selidik Sokongan Sosial (Social Support Questionnaire) dan Soal Selidik Simptom Psikotik Jangka Pendek (Brief Symptom Inventory). Data inferensi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 20 for Windows dengan kaedah Kolerasi dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan individu yang terlibat mempunyai pengecaman identiti biseksual yang tinggi. Ini bermakna mereka mengamalkan gaya hidup sebagai seorang biseksual dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji menunjukkan tidak terdapat hubungan dan perbezaan faktor bangsa dengan kesemua pemboleh ubah yang dikaji.

Katakunci: identifikasi identiti, sokongan sosial, kesihatan mental, biseksual

Author Biographies

Suhaya Deraman, Universti Kebangsaan Malaysia

CALON DOKTOR FALSAFAH,

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Salasiah Hanin Hamjah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Profesor Madya,

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Irdha Mokhtar, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pensyarah Kanan,

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anis Nor Amelia Nor Asikin, Kolej Universiti Islam Melaka

Ijazah Sarjana Muda Psikologi,

Fakulti Sains Sosial,

Kolej Universiti Islam Melaka.

Izzah Nur Aida Zur Raffar, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penolong Penyelidik,

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebnagsaan Malaysia.

 

References

Al-Quran al-Karim

American Psychologist. 2000. American Psycological Association. Guidelines for Psychoterapy wit Lesbian, Gay and Bisexual Clients 55 (12) : 1440-1451. Anang Harris Himawan. 2007. Bukan Salah Tuhan. Indonesia: Tiga Serangkai. April Guasp & James Taylor. 2014. Ethnicity: Stonewall Health Briefing. USA: Stonewall org.

Barker Meg, Christina Richards, Rebecca Jones, Helen Bowes-Catton & Tracey Plawman With Jen Yockney & Marcus Morgan. 2012. The Bisexual Report: Bisexual Inclusion In LGBT Equality And Diversity. USA: Open University.

Charles D. Spielberger, Irwin G. Sarason. 2013. Stress and Emotion: Anxiety, Anger and Curiosity. USA: Routledge.

Cobb, Sidney. 1976. Social Support As A Moderator Of Life Stress. Psychosom, Journal of Biobehavioral Medicine 38 (5): 300-314.

Colledge Lisa, Ford Hickson, David Reid, & Peter Weatherburn. 2015. Poor Mental Health in UK Bisexual Women than Lesbian: Evidence from the UK 2007 Stonewall Women’s Health Survey. Journal Of Public Health 37 (3): 427-437.

Derogatis, L. Dan Spencer. 1982. Admistration and Procedures: BSI. Manual I. Bultimore. D: Clinical Psychometric Research.

Gary J.Gates & Frank Newport. 2012. Special Report : 3.4% of U.S Adult Identity as LGBT. http://www.gallup.com/poll/158066/special-report-adults-identify-lgbt.aspx (11 Februari 2017).

Grossman, Arnold H., Anthony R.D’Augelli dan Scott L. Hershberger. 2000. Social Support Networks Of Lesbian, Gay And Bisexual Adults 60 Years Of Age And Older. Journal Of Gerontology: Psychological Science 55 (1): 171-173.

Human Rights Campaign Foundation. 2014. Supporting and Caring for Our Bisexual Youth. USA: The HRC foundation

James S. Larson. 1992. The Measurement of Social Well-Being. Atlanta: American Public Health Association.

M. Noor Rochman Hadjam. 2003. Peranan Kepribadian Dan Stres Kehidupan Terhadap Gangguan Somatisasi. Indonesia : Universiti Gadjah Mada.

Mohd. Nasir Omar. 2005. Akhlak Dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

Mohr, J.J & Kendra, M.S. 2012. Lesbian, Gay, And Bisexual Identity Scale. USA: Open University.

Mufioz-Plaza, Sandra Crouse Quinn, dan Kathleen A.Rounds. 2002. Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Students: Perceived Social Support in The High School Environment. The High School Journal 85 (4): 52-62.

Parvaneh Mohammad khani, Keith S. Dobson, Mehdi Amiri & Fatemeh Hosseini Ghafari. 2010. Psychometric Properties Of The Brief Symptom Inventory In a Sample Of Recovered Iranian Depress Patients. International Journal of Clinical and Health Psychology 10 (1): 541-551.

Robert M. Kertzner, Ilan H. Meyer, David M. Frost & Michael J.Stirrat. 2009. Social And Psychological Well- Being In Lesbians, Gay Men, And Bisexuals : The Effects of Race, Gender, Age, And Sexual Identity. USA: National Institute Of Health.

Ruzanna ZamZam, Marhani Midin & Hanizam Abd. Ghani. 2006. Panduan Menjaga Kesihatan Wanita. Selangor : PTS Media Group Sdn. Bhd.

Sara Bleiberg, Adam Fertmarin, Ashley Todhunter, Friedman dan Christina Godino. 2005. The Layer Cake Model Of Bisexual Identity Development: Clarifying Preconceived Notions. National Association for Campus Activities Programming Magazine 37(8): 1-19.

Published
2017-12-31
How to Cite
Deraman, S., Hamjah, S. H., Mokhtar, A. I., Nor Asikin, A. N. A., & Zur Raffar, I. N. A. (2017). IDENTIFIKASI IDENTITI BISEKSUAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK SOKONGAN SOSIAL DAN KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN INDIVIDU BISEKSUAL DI MELAKA. Al-Hikmah, 9(2), 113-130. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/255
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)