HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • Zaizul Ab Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Qurratu Ain Rapihi Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

 

Kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme pengetua kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Gaya kepimpinan pengetua kolej kediaman pula sering dikaitkan dengan kepuasan kerja kakitangan. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja kakitangan. Kajian dijalankan ke atas sekumpulan kakitangan di kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja kepengetuaan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme kepengetuaan di kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Author Biographies

Zaizul Ab Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Qurratu Ain Rapihi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, 
Fakulti Pengajian Islam, UKM

References

Esah Sulaiman. 1998. Stres di kalangan pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Satu Kajian Kes. Jurnal Akademik. Jilid 19, MPTI.

Jacobson, P.B., Longsdon, J.D., & Wiegman, R.R. 1973. The Principal: New Perspectives. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Khan, Umar A. 1993. Type of administrator differences in work satisfaction of secondary school administrators. Education. Vol 113 (4), pg 574-579.

Mohd Dahalan Abdul Malek., Beddu Salam Baco & Chua Bee Seok. 1998. Teori-teori motivasi dalam psikologi Industri dan Organisasi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Morrissey, J.J. 1988. How chief executives officers get things done: An investigation of the use of social power in organization settings (Doctoral Dissertation, The Fielding Institute, 1987). Dissertation Abstracts International, 49, 553A.

Morse, N.C & Reiner, E. 1956. The Experimental Change of a Major Organizational Variable. Journal of Abnormal Social Psychology, 52, 120-129.

Ralston, W.W. 1986. Participative Decision Making in Academic Institutions (Doctoral Dissertation).

Shahrul Arba’iah Othman. 2013. Kepuasan kerja guru-guru pendidikan khas kelas percantuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah UKM.

Scbuler, R.S. 1976. Participation with supervisor and subordinate authoritarianism: A Path-Goal Theory Reconciliation. Administrative Science Quarterly, 21, 230-325.

Suraineh Sewah. 2013. Kepuasan kerja guru-guru Sekolah Menengah di Sabah (Satu Kajian Kes). Sabah: Univeristi Malaysia Sabah.

Owens, R.G. 1970. Organizational Behavior in Schools. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Xia Ma & MacMillan, R.B. 2012. Influence of workplace condition on teachers’ job satisfaction. Journal of Educational Research. Vol 93 (1). pg 39.

Published
2017-07-30
How to Cite
Ab Rahman, Z., & Rapihi, Q. A. (2017). HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Al-Hikmah, 9(1), 25-32. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/168
Section
Articles