MAQASID SYARIAH DALAM PEMBINAAN FATWA BERKAITAN AMALAN RENTAS AGAMA DAN RENTAS BUDAYA DI MALAYSIA

  • Wan Zulkifli Wan Hassan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nabilah Abdullah
  • Jamsari Alias
  • Azizi Umar
  • Nazri Muslim

Abstract

Amalan rentas agama dan rentas budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat sama ada ianya menepati ajaran Islam atau tidak. Justeru, institusi fatwa baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri, yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum berkenaan isu ini harus memberi pencerahan supaya keharmonian masyarakat dan kesucian akidah terus terbela. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi mengawal agama dan akidah masyarakat perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan penguatkuasaannya tercapai kerana fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa pastinya bertujuan baik, bermatlamat mulia dan keperluannya selari dengan kehendak syarak yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah. Ianya sekaligus mampu memenuhi matlamat dan hikmah dalam memutuskan sesuatu hukum atau lebih dikenali sebagai “maqasid syariah”. Artikel ini ditulis untuk melihat sejauh mana keperluan maqasid syariah diambil perhatian dan diberi pertimbangan wajar dalam penentuan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri dalam isu yang berkaitan amalan rentas agama dan budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2015. Hasilnya, kertas ini mendapati bahawa kesemua fatwa yang telah diputuskan mengambil kira pengaplikasiaan maqasid syariah demi untuk menjaga dan mengukuhkan lagi tonggak agama, keturunan dan harta benda masyarakat Islam kita.

Kata kunci: Maqasid Syariah, Fatwa, Rentas Agama, Rentas Budaya

Author Biography

Wan Zulkifli Wan Hassan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Abdul Rahman Ibrahim al-Kailani. 2000. Qawa’id al-Maqasid ‘Inda al-Imam Al-Syatibi. Damsyiq : Dar al-Fikr.

Al-Suyuti Jalâl al-Din ‘Abd al-Rahmân ibn Abû Bakr. 1990, al-Asybâh wa al-Nazâ‘ir, Beirut: Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah

Badran Abu al-‘Ainain Badran. 1969, Usul al-Fiqh, Mesir: dar al-Ma’arif.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Hasan hj. Ahmad. 1999, Maqasid Syariah: Konsep dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum, dalam Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

http://www.e-fatwa.gov.my.

Maxwell dan Gibson (1924), Treaties and Engagements Affecting Malay States and Borneo. London: Truscott and Son Ltd.

Mas'ud Sobri. 2010, Fatawa Ulama al-Ummah fi al-Ahdath al-Mu’asarah, El-Monofeya Egypt: Mua’assasah Saut al-Qalam al-Arabi.

Mohd Salleh Abas (1984), Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Hisyam al-Burhani 1985, Sadd al-Dhara’i’ fi al-Syari’ah al-Islamiyyah, Tesis M.A dikemukakan kepada Universiti Kaherah Mesir, Beirut: Matba’ah al-Rayhani.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3).

Shukeri Mohamad. 1996, Maqasid al-Syariah dalam Pengurusan Harta, dalam Abdul Kadir et. Al, Monograf Syariah, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya

Wan Zulkifli Wan Hassan. 2013, Pluralisme Agama di Malaysia: Antara Prinsip dan Toleransi, dalam Khairul Anwar et. al, MALIM (Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara), Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM

Yusuf Hamid al-‘Alim. t.th, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syaria’ah al-Islamiyyah,Kaherah: Dar al-Hadith

Published
2016-12-30
How to Cite
Wan Hassan, W. Z., Abdullah, N., Alias, J., Umar, A., & Muslim, N. (2016). MAQASID SYARIAH DALAM PEMBINAAN FATWA BERKAITAN AMALAN RENTAS AGAMA DAN RENTAS BUDAYA DI MALAYSIA. Al-Hikmah, 8(2), 128-147. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/238
Section
Articles