Pengamalan Ibu Hamil Terhadap Pendidikan Bayi Semasa Dalam Kandungan di Bandar Baru Bangi

  • Syifak Mohd Rodzi Dept. Dakwah & Leadership
  • ‘Adawiyah Ismail Dept. Dakwah & Leadership

Abstract

Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini antaranya berpunca daripada pengabaian didikan agama oleh ibu bapa sejak kecil. Justeru, artikel ini membincangkan tentang pengamalan wanita hamil terhadap pendidikan anak semasa dalam kandungan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahap pengamalan spiritual ibu-ibu hamil bagi mendidik bayi semasa dalam kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Data diperolehi daripada pengedaran borang soal selidik yang diedarkan kepada ibu-ibu hamil  iaitu 137 orang sebagai responden di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Data dianalisis secara analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa 83.3 peratus wanita hamil di Bangi mengamalkan amalan spiritual. Pengamalan semasa hamil menurut Islam ternyata memberi kesan yang mendalam kepada pendidikan Islam terhadap anak semasa dalam kandungan ibu. Usaha untuk melahirkan generasi Islam yang bertaqwa pasti akan tercapai berdasarkan pendidikan awal semasa dalam kandungan. Hakikatnya, sikap ibu semasa mengandung akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan. Oleh itu, ibu-ibu yang mengalami proses kehamilan bertanggungjawab mendidik anak-anak semasa dalam kandungan.

 

Kata kunci: Ibu hamil, pendidikan awal kandungan

 

Author Biography

Syifak Mohd Rodzi, Dept. Dakwah & Leadership

 

 

References

Abdullah Nasih ‘Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam. Jil.1. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Azhar Tuarno. 2012. Membentuk Peribadi Anak-anak Syurga. Seri Dewi & Keluarga.

Fatimah Omar. 2010. Personaliti Wanita yang Disayangi Allah & Rasul. Petaling Jaya: Mulia Terang Sdn.Bhd.

Khairun Nisa’ Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi. 2010. Diari Hamil. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.

Maimun Sulaiman. 2006. Pengaruh Amalan Wanita Hamil Terhadap Pembentukan Minda dan Sahsiah Anak: Kajian di Shah Alam. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Ali Hashimi. 2011. Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah. Johor: Pustaka Azhar.

Saodah Abd. Rahman. 2007. Panduan Hidup Wanita & Keluarga. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sharhan Safie. 2012. Seindah Nama Semurni Peribadi. Petaling Jaya: Vesselmas Sdn. Bhd.

http/:www.hmetro.com.my

http://www.utusan.com.my

Published
2013-12-16
How to Cite
Mohd Rodzi, S., & Ismail, ‘Adawiyah. (2013). Pengamalan Ibu Hamil Terhadap Pendidikan Bayi Semasa Dalam Kandungan di Bandar Baru Bangi. Al-Hikmah, 5, 82-91. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/34
Section
Articles