PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH KEBIMBANGAN (ANXIETY) DALAM KALANGAN REMAJA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
The Islamic Counselling Approach in Addressing Anxiety among Adolescents in Higher Education Institutions (HEIs)
Abstract
Kebimbangan dalam kalangan remaja Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menjadi isu yang semakin mendalam dan kompleks. Peningkatan masalah kebimbangan ini berlaku disebabkan faktor perubahan dan tekanan dalam pelbagai aspek kehidupan. Pendekatan Kaunseling Islam berpotensi menjadi salah satu kaedah bagi menangani masalah ini. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor berlakunya kebimbangan dalam kalangan remaja dan menganalisis pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kebimbangan dalam kalangan remaja di IPT. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan terhadap kajian lepas, artikel jurnal dan karya-karya yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kebimbangan bagi remaja IPT seperti tuntutan akademik, ketidakpastian mengenai masa hadapan, faktor teknologi dan faktor ekonomi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kaunseling Islam memberikan kesan positif dalam mengurangkan tahap kebimbangan remaja, sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosial mereka. Pendekatan ini mengintegrasikan nilai-nilai agama Islam sebagai asas untuk memberikan sokongan emosidan psikologi kepada remaja yang mengalami kebimbangan. Artikel ini menjelaskan tentang kepentingan pendekatan kaunseling Islam dalam menyokong perkembangan emosi dan spiritual remaja di IPT. Dengan kefahaman yang mendalam terhadap keperluan dan cabaran remaja di IPT, pendekatan kaunseling Islam diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan individu yang seimbang dan bersedia menghadapi cabaran kehidupan.
Copyright (c) 2024 Al-Hikmah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.
Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License (CC BY-SA 4.0) that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.