DIMENSI HAFAZAN DAN RASIONAL DALAM KURSUS WAJIB FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • Wan Ahsani Fadhilah Wan Mahmud Khairi
  • Muhammad Faisal Asha'ari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: +60389215533 Fax: +60389213152 Hp: +60192404008

Abstract

Gabungan pintar antara keupayaan berfikir dan hafazan merupakan aspek penting di dalam pengajian Islam untuk membina sebuah tamadun yang hebat seperti zaman kegemilangan Islam. Beberapa pengkaji berpandangan bahawa gabungan kedua elemen ini dilihat tidak mendapat tempat yang penting dalam pengajian Islam yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan itu. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis dimensi rasional dan hafazan dalam kursus-kursus wajib di Fakulti Pengajian Islam, UKM berdasarkan kepada persepsi pelajar. Kajian juga menganalisis hubungan antara persepsi pelajar terhadap kursus-kursus wajib fakulti dengan keputusan PNGK berdasarkan kepada aspek bahasa, isi pengajaran dan cara pengajaran. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Sebanyak 127 sampel diambil daripada responden yang terdiri dari pelajar tahun akhir lima buah jabatan di Fakulti Pengajian Islam. Hasil kajian mendapati kursus-kursus wajib fakulti mengandungi kedua-dua elemen hafazan dan rasional, namun majoriti kursus berkenaan berada pada aras yang rendah.

Kata kunci: Kursus Wajib Fakulti, Hafazan, Rasional, Fakulti Pengajian Islam, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

References

Abdul Rahim Abdul Rashid. 2006. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Al-Ghazali, Muhammad. 1991. Kay fa Nafhamu al-Islam. Iskandariyyah: Dar al-Da'wah.

Bailey K. D. 1978. Methods of Social Research. New York: Fee Press.

Chee Kim Mang. 2002. Menilai Pendekatan Pembelajaran dengan Menggunakan Taksonomi Bloom Pembelajaran. Jurnal Pendidikan. 14: 39-44.

Che Noraini, Hasan Langgulung. 2008. Islamic Religious Curriculum in Muslim Countries. Bulletin of Education and Research, 30(1):1-19.

Daniel Hasni Mustapha. 2002. Tesis: An Investigation into performance in English and Critical Thinking between Two English Couses. Selangor: University Putra Malaysia.

H. Abuddin Nata. 1997. Filsafat Pendidikan Islam I. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.

Mohd Fadzil Che Amat. 2008. Tesis: Kesan Kaedah Inkuiri Koperatif Berbantukan Multimedia ke atas Prestasi Kemahiran Proses Sains Bersepadu, Pemikiran Saintifik dan Sikap dalam Sains dalam Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mohd Najib Ghafar. 1997. Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2003. Konsep fiqh semasa dan penyelidikan hukum Islam alternatif: Satu analisa terhadap APIUM. Prosiding Wacana Pendidikan Islam peringkat Kebangsaan siri 2. FPI: UKM.

Robert, R. Reilly. 2010. The Closing of the Muslim Mind. Wilmington: Intercollegiate Studies Institute.

Sabki, A. I. A., & Hardaker, G. (2013).The madrasah concept of Islamic pedagogy. Educational Review, 65(3), 342-356.

al-Qaradawi, Yusuf. 1985. Ayna al-Khalal. Al-Qahirah: Dar al-Sahwah.

Published
2014-12-30
How to Cite
Wan Mahmud Khairi, W. A. F., & Asha’ari, M. F. (2014). DIMENSI HAFAZAN DAN RASIONAL DALAM KURSUS WAJIB FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Al-Hikmah, 6(2), 3-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/83
Section
Articles