AGENDA HASAN AL-BANNA DALAM PEMBANGUNAN INSAN MENERUSI PENULISAN KARYA MAJMU‘AT AL-RASAIL

  • Zainudin Hashim Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  • Fakhrul Adabi Abdul Kadir Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abstract

Pembangunan Insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba mengupas pandangan Hasan al-Banna dalam penulisan ‘Majmu’at al-Rasail’ yang telah mengemukakan 10 elemen ciri dalam motivasi diri insan menerusi rukun beramal, 10 elemen itu adalah; akidah yang jitu, konsep Ibadat yang menepati piawaian Islam, memelihara tubuh badan agar sentiasa sihat, sentiasa memelihara akhlak terpuji, berusaha menggarap ilmu, mampu berdikari, mampu mengawal dan menguasai diri, bijak dalam mengurus waktu, memiliki disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan boleh memanfaatkan diri untuk masyarakat. Justeru, motivasi diri dalam ‘Majmu’at al-Rasail’ telah menyumbang kepada aspek pembangunan insan itu sendiri. Kupasan ini diharap dapat mencungkil sumbangan Hasan al-Banna dalam aspek pembangunan insan, terutama dalam konteks melahirkan lebih ramai lagi individu dalam tanah air dan seterusnya masyarakat yang benar-benar berkualiti.

Kata Kunci: Hasan al-Banna, pembangunan insan, penulisan kitab Majmu’at al-Rasail

Author Biographies

Zainudin Hashim, Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Ph.D Candidate

Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Senior Lecturer

References

Abdullah Siddik. 1969. Intidasar Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 224-225.

‘Abd al-Halim ‘Uwais . 1985. Al-Islam Kama Yanbaghi An Nu’min Bih, Mesir: Dar as-Sohwah, hlm. 12.

Ahmad Bazli Shafie, Asyraf Hj. Abdul Rahman, Fadzli Adam, Syahrin Said dan Ruzaini Sulaiman. 2006. Pembangunan Insan Baik: Pengurusan Skema Martabat Ilmu Dalam Islam, dalam buku Modal Insan Dan Pembangunan Masa Kini, Terengganu: Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia, hlm. 43.

Ahmad Faez. 1985. Dustur al-Usrah fi Zilal al-Quran, Beirut: Muassasat ar-Risalah), hlm. 274-275.

Ahmad Rabi’ ‘Abd al-Majeed Khalf Allah. 1984. Al-Fikr al-Tarbawi wa Tadbiqatuhu lada Jama’at al-Ikhwan al-Muslimin, Kaherah: Maktabah Wahbah, hlm. 17.

Al-Munawi. 1972. Faydd al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir, Beirut: Dar al-Ma’rifah, hlm. 480-481.

Anwar al-Jundi. 2000. Hasan al-Banna - Al-Dai’ah al-Imam wa Al-Mujaddid al-Syahid, Damsyiq: Dar al-Qalam, hlm 19.

Fathi Yakan. 1998. Manhajiah al-Syahid Hasan al-Banna wa Madaris al-Ikhwan al-Muslimin, Beirut: Muassasat al-Risalah, hlm. 12.

Published
2014-12-30
How to Cite
Hashim, Z., & Abdul Kadir, F. A. (2014). AGENDA HASAN AL-BANNA DALAM PEMBANGUNAN INSAN MENERUSI PENULISAN KARYA MAJMU‘AT AL-RASAIL. Al-Hikmah, 6(2), 29-42. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/94
Section
Articles