Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar

Authors

  • Alizah Lambri
  • Zamri Mahamod

Keywords:

P&P Bahasa Melayu, berpusatkan pelajar, P&P di IPT, penglibatan pelajar, pembelajaran dua hala

Abstract

Kajian ini membincangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan pelajar yang boleh diamalkan oleh pensyarah dalam P&P Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan seorang pensyarah Bahasa Melayu (BM) dan 21 orang pelajar sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pelajar seronok mengikuti pengajaran pensyarah yang menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar. Pelajar turut menyatakan bahawa aktiviti P&P berpusatkan pelajar yang bersifat dua hala menyebabkan para pelajar sentiasa bersedia untuk mengikuti proses P&P BM. Selain itu, pelajar juga merasakan pendapat dan pandangan mereka lebih dihargai dan dihormati apabila adanya hubungan dua hala antara pensyarah dan pelajar. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi pendedahan dan panduan kepada pensyarah Bahasa Melayu yang berminat untuk menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dalam pengajaran mereka. Perubahan dan pembaharuan dalam kaedah pengajaran diharapkan dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti para pensyarah ke arah amalan pendidikan yang lebih praktikal dan dinamik, khususnya dalam bidang Bahasa Melayu.

Downloads

Published

02/03/2022

How to Cite

Lambri, A., & Mahamod, Z. (2022). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/147

Issue

Section

Full Research Article