Tahap Kelestarian Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ke Arah Kampus Lestari

Authors

  • Norfadillah Derahim
  • Halimaton Saadiah Hashim
  • Noraziah Ali

Abstract

ABSTRAK

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan Program UKM Lestari serta Piagam UKM Lestari yang merakamkan iltizam dan prinsip untuk menjadikan universiti ini sebuah kampus lestari menjelang 2020. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan, kesedaran dan peranan kelestarian di kalangan pelajar UKM untuk dijadikan asas kepada cadangan dan program kampus lestari. Data diperolehi melalui kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden kajian adalah seramai 2275 orang pelajar dan pemilihan dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata dari gugusan akademik di kampus induk UKM di Bangi. Hasil kajian mendapati jurang dan kelemahan tahap pengetahuan, kesedaran dan peranan pelajar yang dikenalpasti, merupakan cabaran utama kepada pihak pentadbiran UKM ke arah mewujudkan kampus lestari. UKM perlu merangka dan melaksanakan program pembinaan keupayaan kelestarian pelajar dengan lebih teratur dan berterusan untuk membangunkan sebuah kampus lestari menjelang 2020.

Kata kunci: kampus lestari, pembangunan lestari, program kelestarian, tahap kelestarian pelajar.

 

ABSTRACT

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) launched a Sustainable UKM Programme and a Sustainable UKM Charter which records its commitment and principles to make this university a sustainable campus by 2020. Accordingly, a study was carried out to analyse the status of knowledge, awareness and sustainable development practices among students in UKM to form the basis for the proposed sustainable campus programme. Data was collected through a survey by using questionnaires. A total of 2275 respondents in this study were selected from students based on a stratified random sampling method from an academic cluster in the UKM Bangi campus. The result shows that gaps and weaknesses in the understanding, awareness and role of students is a major challenge to the administration of UKM to create a sustainable campus. UKM needs to develop and implement a sustainable development capacity building programme for students continuously and effectively to develop a sustainable campus by 2020.

Keywords: sustainable campus, sustainable development, sustainability programme, students’ sustainable level.

Downloads

How to Cite

Derahim, N., Hashim, H. S., & Ali, N. (2013). Tahap Kelestarian Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ke Arah Kampus Lestari. Jurnal Personalia Pelajar, (14). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/22

Issue

Section

Full Research Article