Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran

Authors

  • Mohd Azlan Abdullah
  • Noraziah Ali

Abstract

ABSTRAK

 

Pengambilan diet seimbang merupakan keperluan yang amat penting bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Beberapa persoalan tentang pemakanan seperti apa yang dimakan, bila dimakan, berapa kerap makanan diambil dan tempat premis makanan haruslah dititikberatkan. Malah kesedaran tentang kualiti makanan dan pola makan juga mempengaruhi mental dan fizikal seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan membincangkan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan persepsi mereka terhadap amalan pemakanan yang betul. Kertas ini adalah berdasarkan kajian yang melibatkan sejumlah 102 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dari pelbagai fakulti di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang baik mengenai aspek pemakanan yang betul dan sihat. Namun, dari segi amalan pemakanan, kajian mendapati terdapat beberapa keralatan seperti meninggalkan waktu bersarapan pagi, makan lewat malam serta makan makanan yang ringkas dan tidak seimbang.

Kata kunci: pemakanan pelajar, premis makanan, makan di luar, pembelajaran

 

ABSTRACT

 

Balanced diet is very important requirement to produce excellent human capital. Some questions about nutrition, such as what you eat, when eaten, how often food is taken and where it was taken should be emphasized. Even the awareness of food quality and eating patterns could influenced students mentally and physically. Accordingly, this paper aims to discuss dietary practices among university students and their perception of proper feeding practices. This paper is based on studies involving 102 respondents consisting of undergraduate students from various faculties on the main campus of the Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. This study found that most respondents have good knowledge and awareness about the aspects of proper nutrition and healthier food. However, in terms eating habits, the study indicates that there were some errors such as leaving the breakfast time, eating late at night and consumes junk food and unbalanced diet.

Keywords: students dietary, the food premises, eating out and learning

Downloads

How to Cite

Abdullah, M. A., & Ali, N. (2013). Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, (14). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/27

Issue

Section

Full Research Article