Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Tan Pei San
  • Norzaini Azman

Abstract

 ABSTRAK

 

Pada masa kini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian serius. Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapi tahap amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan komitmen terhadap alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini turut melihat tahap komitmen terhadap alam sekitar dan amalan tingkah laku mesra alam sekitar pelajar universiti. Kaedah tinjauan dijalankan terhadap 360 orang prasiswazah tahun akhir daripada lima buah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis berdasarkan konstruk komitmen terhadap alam sekitar dan tingkah laku mesra alam sekitar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap komitmen terhadap alam sekitar berada pada tahap yang “tinggi†manakala tahap tingkah laku mesra alam sekitar berada pada tahap yang “sederhanaâ€. Berdasarkan aliran pengajian pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar dari aliran pengajian Sains Tulen, Sains Sosial dan aliran pengajian Profesional dari segi tahap komitmen terhadap alam sekitar. Dari segi tingkah laku mesra alam sekitar, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar dari aliran pengajian Sains Sosial, Sains Tulen dan Profesional. Hasil analisis Korelasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara komitmen terhadap alam sekitar dan tingkah laku mesra alam sekitar. Hasil kajian digunakan untuk menjana idea dan cadangan untuk meningkatkan amalan dan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti.

Kata kunci: hubungan, komitmen, tingkah laku, alam sekitar

 

ABSTRACT

 

Nowadays, environmental issue is a universal problem and concern and requires serious attention. Generally, most people have awareness on environmental issues but their level of pro-environmental behaviour is considered as low. This study aims to examine the relationship between commitment towards environment and pro-environmental behaviour among university students. It also aims to ascertain the students’ level of commitment towards environment and pro-environmental behavior. A set of questionnaire was administered to a selected sample (n=360) of final year undergraduates from five faculties in Universiti Kebangsaan Malaysia. Data was analysed using descriptive and inferential statistics. Overall, the findings revealed that that the students’ level of commitment towards environment was high while their level of pro-environmental behaviour was average. The findings showed that there were significant differences in the level of commitment towards environment among students of different disciplines: Pure Science, Social Science and Professional. There were also significant differences among students from Social Science, Pure Science and Professional in terms of their pro-environmental behaviour. Correlation analysis showed that there was a positive relationship between the level of commitment towards environment and pro-environmental behaviour. Results of the study provide ideas and suggestions towards curriculum content, pedagogical practices and provision of greater educational experiences to promote pro environmental behavior towards environment among university students.

Keywords: Relationship, commitment, behaviour, environment

 

 

Downloads

How to Cite

San, T. P., & Azman, N. (2013). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, (14). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/23

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)