Kepuasan serta Harapan Mengenai Hubungan antara Ibubapa dan Anak: Berdasarkan Kawalan Fuzzy Logic

Authors

  • Mohamad Nasir Saludin
  • Rika Fatimah P.L.
  • Tan Yin Chi

Abstract

ABSTRAK

 

Hubungan antara ibubapa dengan anak yang mesra, erat dan berkualiti tinggi akan memberi impak yang positif kepada pembangunan sesebuah negara. Kajian ini mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara tahap kepuasan serta tahap harapan terhadap hubungan antara ibubapa dengan anak dari segi generasi, jantina dan bangsa. Sebanyak 145 responden yang terdiri daripada ibu, bapa serta remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 21 tahun dan mereka telah menjawab borang soal selidik yang disediakan dengan lengkap. Instrumen kawalan Lojik Kabur (KLK) telah digunakan dalam kajian kerana ia memodelkan suatu sistem yang kompleks dengan lebih baik berbanding dengan model matematik. Pemprosesan data-data yang diperolehi telah dilakukan dengan menggunakan program SPSS 11.0 for windows dan Matlab 6.5 for windows. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kepuasan yang dilaporkan oleh golongan remaja adalah lebih tinggi berbanding golongan ibubapa terhadap hubungan antara ibubapa dengan anak. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan tahap kepuasan di kalangan bangsa Melayu adalah lebih tinggi berbanding dengan bangsa Cina dan bangsa India yang mempunyai tahap kepuasan yang sama serta tahap kepuasan dan tahap harapan bagi remaja lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan remaja perempuan. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa senario hubungan antara ibubapa yang ada sekarang adalah tidak memuaskan sama ada kalangan remaja ataupun ibubapa. Oleh itu, kedua-dua generasi ini harus bekerjasama untuk mempertingkatkan kualiti hubungan antara ahli keluarga supaya dapat mengekalkan keharmonian keluarga.

 

ABSTRACT

 

A closer relationship between parent and child will give a positive influence to the development of the state. The present study assessed whether there is a significant differences among satisfaction and expectation of parent-child relationship from the perspective of parents and adolescents. Total of 145 respondents include mothers, fathers and adolescents who aged between 11 years old to 21 years old had been interviewed and completed a set of questionnaire. Fuzzy Logic Controller (FLC) has been used in the present study because of it is more flexible and easy to use in complicated problems compare with other mathematics methods. Processing of collected data has been used program SPSS 11.0 for windows and Matlab 6.5 for windows. Results showed satisfaction of adolescent is higher than parent’s satisfaction on parent-child relationship. Besides that, results also showed that satisfaction in Malays group is higher than Chineses and Indians which have same level of satisfaction. In adolescents’ group, results showed boys have lower level of satisfaction and expectation on parent-child relationship compared with girls. In general, the quality of parent-child relationship has not satisfied both generations, parents and sons. More effort is needed to improve the quality of parent-child relationship to get more favorable relationship.

Downloads

How to Cite

Saludin, M. N., P.L., R. F., & Chi, T. Y. (2013). Kepuasan serta Harapan Mengenai Hubungan antara Ibubapa dan Anak: Berdasarkan Kawalan Fuzzy Logic. Jurnal Personalia Pelajar, (11). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/4

Issue

Section

Full Research Article