Penilaian Pandangan Pelajar ke atas Perbezaan Layanan Ibu Bapa Terhadap Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Authors

  • Mohamad Nasir Saludin
  • Rika Fatimah P.L.
  • Naziren Nazarudin

Abstract

ABSTRAK

 

Pandangan pelajar ke atas isu sosial seperti perbezaan layanan ibu bapa terhadap anak lelaki dan anak perempuan adalah menarik untuk dibincangkan. Kajian ke atas pandangan pelajar ini adalah penting dengan mengambil kira bahawa pelajar mempunyai peranan bukan sahaja sebagai seorang ilmuan yang menilai persekitaran sosialnya tetapi juga mempunyai peranan sebagai anak di keluarga mereka masing-masing. Namun demikian, penilaian ke atas isu perbezaan layanan ibu bapa terhadap anak lelaki dan anak perempuan membabitkan tahap kerumitan dan subjektif yang tinggi yang bermakna tiada piawaian bagi menyukat penilaian pandangan pelajar  isu yang hendak dibincangkan ini. Oleh itu, kajian ini cuba mempaparkan penggunaan analisis Kawalan Lojik Kabur (KLK) yang bersifat luwes sehingga mampu menyederhanakan tahap kerumitan dan subjektif yang tinggi kepada suatu penilaian yang lebih mudah untuk difahami. Beberapa dimensi dan pembolehubah bagi keperluan kajian ini telah pun dikenalpasti. Analisis ini juga untuk menguji sejauh mana perbezaan antara perlakuan atau layanan ibu bapa dengan anak lelaki dan anak perempuan dengan lebih terperinci samada secara keseluruhan mahupun mengikut dimensi. Secara keseluruhannya keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak ketara dalam layanan ibu bapa terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Namun demikian, dapatan kajian mengikut dimensi mendapati perbezaan layanan antara ibu bapa dengan anak lelaki dan anak perempuan.

 

ABSTRACT

 

It is interesting to discuss point of view of student on social issues such as the differences of attention of parents towards the sons and daughters. The study on the view of student is important by considering that the student themselves have double role for not only as knowlegeable who are assessing their social environment but also as sons or daugthers with regards to their own parents. In the other hand, it is quite complex and subjective to asses the differences of attention of parents towards the sons and daughters since there is no standard measurement to assess student’s point of view on the differences of attention of parents towards the sons and daughters. Therefore, this study offered a discussion on the application of Fuzzy Logic Controller (FLC). FLC is flexible enough to be applied since it is able to simplfy high complexity and subjective matters to be much easier to understand. Based on literature review, we identify several dimensions and variables that being used in this study. In addition, this study also has examined how far the differences between the behavior or attention to their daughters. In overall the result suggested that, there are inconspicuous differences between the behavior or attention of parents to their sons and daughters. Although for each dimesions, we found differences between the behavior or attention of parents to their sons and daughters.

Downloads

How to Cite

Saludin, M. N., P.L., R. F., & Nazarudin, N. (2013). Penilaian Pandangan Pelajar ke atas Perbezaan Layanan Ibu Bapa Terhadap Anak Lelaki dan Anak Perempuan. Jurnal Personalia Pelajar, (11). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/6

Issue

Section

Full Research Article