Pelancongan Budaya di Sungai Lembing

(Cultural Tourism in Sungai Lembing)

  • Nurul Izzaidah Mohd Azmi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: masyarakat luar, pelancongan budaya, Sungai Lembing, usaha, pihak terlibat

Abstract

Pelancongan budaya di kawasan Sungai Lembing kurang mendapat sambutan daripada masyarakat luar. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan sejarah, perkembangan, produk budaya yang ditawarkan serta mengkaji tentang usaha pihak kerajaan serta impak pelancongan terhadap masyarakat setempat. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat setempat yang tinggal di Sungai Lembing mengenai kesan-kesan pelancongan budaya ini dari beberapa aspek iaitu ekonomi, sosial dan budaya. Seterusnya, bertujuan untuk memastikan dan mencari inisiatif dalam memajukan pelancongan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif dan kajian lapangan iaitu menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, kepustakaan, tinjauan turut serta, rakaman suara serta transkripsi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat impak negatif dan positif dari aktiviti pelancongan yang dijalankan serta pihak kerajaan paling bertanggungjawab dalam usaha memajukan sektor pelancongan. Usaha yang paling penting ialah dari pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memelihara dan memulihara infrastrukur serta memajukan sektor perkhidmatan penginapan. Tuntasnya, kajian ini menyentuh tentang tempat-tempat yang menjadi daya tarikan pelancongan dan mengupas tentang usaha-usaha pihak terlibat dalam memajukan sektor pelancongan ini supaya lebih dikenali ramai.

Kata kunci: masyarakat luar, pelancongan budaya, Sungai Lembing, usaha, pihak terlibat

 

ABSTRACT

 

Cultural tourism in the Sungai Lembing area is less crowded than the public. Therefore, this study is aimed at introducing the history, development, cultural products offered and studying the government's efforts and the impact of tourism on the local community. This study is aimed at enlightening the local community living in Sungai Lembing on the cultural tourism impacts of several aspects namely economic, social and cultural. Next, it aims to ensure and seek initiatives in advancing the tourism to a higher level. The methodology of the study was qualitative and field research using interview, observation, literature, participant survey, voice recording and transcription. The findings show that there are negative and positive impacts of tourism activities being undertaken as well as the most responsible government in the development of the tourism sector. The most important of these efforts was from the Kuantan Municipal Council (MPK) in the effort to preserve and conserve the infrastructure and improve the services sector. As a matter of fact, this study addresses the places of travel attraction and explores the efforts of the parties involved in promoting the tourism sector to be more recognizable.

Keywords: public, cultural tourism, Sungai Lembing, efforts, parties involved

Published
2019-10-14
How to Cite
Mohd Azmi, N. I., & Hanafiah, M. G. (2019, October 14). Pelancongan Budaya di Sungai Lembing. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/191