Sejauh Manakah Ketagihan Seksual Didorong oleh Kebimbangan dan Cinta Berahi dalam kalangan Mahasiswa Lelaki di Malaysia

(How Far Does Sexual Addiction is Driven by Anxiety and Passionate Love in Male University Students in Malaysia)

  • Khuldiah Iman Mohd Ghazali UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Hilwa Abdullah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Kebimbangan, cinta berahi, ketagihan seksual, lelaki dewasa awal, ketagih

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perhubungan antara ketagihan seksual, kebimbangan dan cinta berahi dan untuk melihat bagaimana kebimbangan dan cinta berahi mendorong kepada berlakunya ketagihan seksual terhadap seseorang. Kajian ini dilakukan keatas pelajar lelaki berumur diantara 18 hingga 27 tahun yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Seramai 150 pelajar lelaki yang terlibat di 4 IPTS di Selangor dan 1 IPTS di Melaka yang terlibat dalam kajian ini adalah Saito College, MSU, KDU, GMI, UniKL dan MiCOST. Kajian ini menggunakan tiga borang soal selidik iaitu Beck’s Anxiety Scale (21 Items) bagi mengukur kebimbangan, Passionate Love Scale (30 Items) untuk mengukur cinta berahi dan Sexual Addiction Scale-Revised (45 Items) untuk mengukur tahap ketagihan seks seseorang individu. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan konvinen dan menggunakan SPSS bagi menganalisis data daripada dapatan kajian. Kajian yang lepas menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecelaruan kebimbangan, cinta berahi dan ketagihan seks. Kajian ini mengharapkan bahawa ketagihan seks dapat dibendung dalam kalangan mahasiswa lelaki dengan mengawasi tahap kebimbangan dan cinta berahi seseorang individu dari awal supaya kes-kes jenayah seksual dapat dikurangkan pada masa hadapan. Limitasi kajian ini adalah kebanyakan responden tidak bersifat jujur tentang soalan pada bahagian ketagihan seks dan mungkin kajian yang akan datang boleh dilakukan kepada hanya mereka yang disahkan ketagih kepada seks supaya dapatan kajian dapat dilihat dengan lebih jelas.

Kata kunci: Kebimbangan, cinta berahi, ketagihan seksual, lelaki dewasa awal, ketagih

           

ABSTRACT

This study aims to prove the relationship between sexual addiction, anxiety and passionate love and to examine how much anxiety and passionate love gives impact on one indivivual’s sexual addiction. This study is tested on male young adults between  18 up to 27 years group of age that is currentl studying in private universities in Malaysia. The universities involved are MSU, Saito College, KDU, GMI, UniKL and Micost. This study uses 3 sets of questionnaires which are Beck’s Anxiety Scale (21 items) that is used to measure anxiety, Passionale Love Scale (30 items) that is used to measure passionate love and the last one is Sexual Addiction Screening Test – Revised (45 items) to measure sexual addiction. Convenient sample method are used in through out the data collection processes dan SPSS are then used for the data analysis processes. Previous study shows that there are significant relationship sexual addiction, anxiety and passionate love. This study hopes that sexual addiction could be avoided among the young male adult especially universities students and to to keep watch on their anxiety and passionate love from a very young age so that sexual crime can be reduced in the future. The limitation in this study is that the respondents do not answer it whole-heartedly and are not honest while answering the questionnaires especially when answering the questions on sexual addiction. And for the next study, it should be advisable to do it on inpatient clients that are sexually addicted so we clearly see how sexual addiction are driven by anxiety and passionate love

Keywords: Anxiety, Passionate love, sexual addiction, young male adults, addiction

Published
2019-10-16
How to Cite
Mohd Ghazali, K. I., & Abdullah, H. (2019, October 16). Sejauh Manakah Ketagihan Seksual Didorong oleh Kebimbangan dan Cinta Berahi dalam kalangan Mahasiswa Lelaki di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 -11. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/202