Meneroka Cabaran Majikan dan Masalah Disiplin Mantan Penagih Dadah: Strategi Menangani Melalui Peranan Pekerja Sosial

(Exploring The Employers’ Challenges on Disciplinary Problems among the ex-Drug Addicts: Coping Strategies with Social Work Roles)

  • Mohammad Shamil Mohd Shamshudin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Nik Najwa Sofiah Nik Anuar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Khadijah Alavi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Cabaran, majikan, mantan penagih dadah, masalah disiplin, pekerja sosial

Abstract

Isu kekurangan tenaga kerja tempatan pelbagai sektor perladangan, buruh dan perkhidmatan memberi impak penyusutan keuntungan ekonomi negara. Salah satu cara menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan ialah memberi peluang pekerjaan kepada mantan penagih dadah yang dilatih dengan kemahiran di pusat pemulihan dadah dan penjara. Program pemulihan sedia ada kurang berkesan kerana mantan penagih dadah tersebut mempunyai masalah disiplin tegar dan kurang asas pendidikan agama. Tujuan utama kajian ini ialah meneroka cabaran majikan yang mengambil pekerja mantan penagih dadah dan mengkaji strategi peranan pekerja sosial sebagai agen perubahan dalam menangani masalah disiplin mantan penagih dadah. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan snow ball berdasarkan ciri populasi kajian. Pemilihan responden kajian terdiri daripada 3 responden mantan penagih dadah, 6 responden majikan masing-masing daripada berkategori kakitangan awam, kemahiran dan buruh. Kajian ini juga menemubual responden pekerja sosial yang terlibat langsung dalam membantu mantan penagih dadah tersebut. Responden telah ditemubual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip untuk analisis data secara tematik. Hasil kajian ini membincangkan 3 bahagian iaitu pernyataan majikan mengenai cabaran yang dihadapi apabila mengambil pekerja bekas penagih dadah. Kajian ini mencadangkan peranan pekerja sosial sebagai agen perubahan perlu proaktif ‘jembatani’ antara pegawai pusat pemulihan, jabatan penjara dan majikan pengambil mantan penagih dadah perlu diberi latihan kemahiran kebolehkerjaan. Implikasi kajian mendapati pengintergrasian pelbagai pemengang taruh tersebut dapat meningkatkan keberkesanan program pemulihan dalam kalangan mantan penagih dadah.

Kata kunci: Cabaran, majikan, mantan penagih dadah,   masalah disiplin, pekerja sosial

Published
2019-10-17
How to Cite
Mohd Shamshudin, M. S., Nik Anuar, N. N. S., & Alavi, K. (2019, October 17). Meneroka Cabaran Majikan dan Masalah Disiplin Mantan Penagih Dadah: Strategi Menangani Melalui Peranan Pekerja Sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 -12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/203