Perbandingan Penggunaan Air Antara Bandar dan Luar Bandar

(Comparison of Water Consumption Between Urban and Rural)

  • Muhammad Syukri Yosfadri UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Norazuan Md Hashim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: perbandingan penggunaan air,, permintaan air, luar bandar dan bandar, domestik, isu penjimatan air

Abstract

Sumber air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai dan memerlukan kepada penjagaan yang teliti. Hal ini kerana setiap hidupan yang bernyawa di muka bumi ini pasti memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka kebergantungan manusia kepada sumber air ini adalah tinggi bagi tujuan domestik dan bukan domestik. Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan dan aktiviti harian manusia akan membentuk permintaan air yang berlainan. Selain itu, tingkah laku pengguna domestik kepada penggunaan air yang berbeza di sesuatu kawasan juga mempengaruhi kepada permintaan air bersih di sesuatu kawasan tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan penggunaan air domestik  antara kawasan luar bandar dan bandar di semenanjung Malaysia. Kaedah kajian ini dijalankan adalah berdasarkan data primer dan sekunder. Data primer adalah diperoleh melalui soal selidik bagi 15 buah rumah di kawasan bandar dan 15 buah rumah di kawasan luar bandar yang dipilih secara rawak. Ulasan buku, artikel dan jurnal dirujuk dan di jadikan sebagai data sekunder. Hasil kajian mendapati penggunaan air bersih oleh pengguna air domestik berbeza mengikut kawasan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan air seharian. Seterusnya, sikap pengguna yang tidak prihatin terhadap isu penjimatan air dan pengurusan adalah lemah dimana mereka tidak tahu jumlah air yang digunakan dalam tempoh sebulan.

Kata kunci: perbandingan penggunaan air, permintaan air, luar bandar dan bandar, domestik, isu penjimatan air

 

ABSTRACT

Water resources are an invaluable natural treasure and require careful care. This is because every living creature on earth needs water for survival. Then the human dependence on these sources is high for both domestic and non-domestic purposes. The increasing of population in a particular area and daily activities of humans will form different water demands. In addition, the behavior of domestic consumers on different uses of water in an area also affects the demand for clean water in a particular area. The purpose of this research is to study the differences in domestic water use between rural and urban areas in peninsular Malaysia. The method of this study is based on primary and secondary data. Primary data was obtained throughout 15 questionnaire in urban and rural areas of housing that being selected randomly. Reviews of books, articles and journals are referred as a secondary data. The results show that the use of clean water by domestic water users varies according to the area. There are several factors that influence the rate of daily water consumptions. Consequently, the behaviours of consumers who are not concerned about water and management issues are weak whereby they do not know the amount of water used within a month.

Keyword: comparing water consumption, water demand, rural and urban, domestic, water-saving issues

 

Published
2019-10-17
How to Cite
Yosfadri, M. S., & Md Hashim, N. (2019, October 17). Perbandingan Penggunaan Air Antara Bandar dan Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 -10. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/204