Frasa Kerja Dalam Dialek Negeri Sembilan: Analisis Kerangka Minimalis

(Verb Phrase in Negeri Sembilan Dialect: Minimalist Framework Analysis)

  • Syafika Atika Othman UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja dwitransitif, Dialek Negeri Sembilan, Kerangka Minimalis

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang struktur pembinaan kata kerja dalam dialek Negeri Sembilan (DNS). Kajian ini dijalankan di kawasan Felda Palong 4 yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan. Pengkaji memfokuskan pada penggunaan frasa kerja DNS dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan yang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif dan frasa kerja dwitransitif. Pengkaji menjalankan kajian lapangan dengan menemubual 10 orang informan yang merupakan penutur natif DNS. Responden ini dipilih secara rawak dan mereka diminta untuk menceritakan tentang latar belakang mereka, aktiviti harian, pengalaman dan aktiviti semasa hari perayaan. Kaedah temu bual ini melibatkan kaedah secara langsung dan tidak langsung. Struktur frasa kerja dianalisis secara deskriptif terlebih dahulu dengan menghuraikan ciri-ciri yang terdapat pada binaan kata kerja secara terperinci. Kerangka Minimalis yang diperkenalkan oleh Chomsky digunakan sebagai kaedah untuk menganalisis data kajian. Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa frasa kerja dalam DNS adalah berkala kini kerana ketiadaan unsur yang menunjukkan masa. Pengkaji juga mendapati bahawa kebanyakan frasa kerja transitif dalam DNS berbentuk tunggal dan terdapat juga yang berbentuk ayat pasif. Manakala frasa kerja tak transitif pula kebanyakannya mempunyai morfem. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa kerangka Minimalis dapat menghuraikan setiap frasa kerja secara sistematik.

Kata kunci: Frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja dwitransitif, Dialek Negeri Sembilan, Kerangka Minimalis

 

ABSTRACT

This paper discusses the structure of verb constructionS in the Negeri Sembilan dialect (DNS). This study was conducted in Felda Palong 4 area located in Jempol, Negeri Sembilan. The researcher focused on the use of verb phrase among these residents in the area which are divided into three types, namely transitive verbs, non-transitive verb phrases and ditransitive verbs. The researcher conducts field studies by interviewing 10 informants who who are the native speakers of DNS. These respondents were randomly selected and they were asked to tell about their background, daily activities, experiences and activities during the festive day. This interview method involves direct and indirect methods. The verb phrase structures are analysed descriptively first by describing the features contained in verbal construction. The minimalist framework introduced by Chomsky is used as a method for analysing the verb phrases. Based on the analysis, the verb phrases in DNS are in present tense due to the absence of tense and time elements. Researchers also found that most transitive phrases in DNS are singular and there are also passive sentences. While the non-transitive phrases are mostly morphemes. The findings from this study show that the minimalist framework can describe the verb phrase systematically.

Keywords: Transitive phrases, non-transitive phrases, ditransitive phrases, Negeri Sembilan Dialects, Minimalist Frameswork

Published
2019-10-19
How to Cite
Othman, S. A., & Mohamed Sultan, F. M. (2019, October 19). Frasa Kerja Dalam Dialek Negeri Sembilan: Analisis Kerangka Minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1-14. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/215